SERTAI KEJOHANAN SECARA RAHSIA, TOM HARDY KINI BERGELAR JUARA JIU-JITSU
Pelakon aksi yang terkenal melalui “The Dark Knight Rises” dan “Venom”, Tom Hardy mengejutkan peserta lain dengan menjuarai kejohanan Brazilian Jiu-Jitsu di United Kingdom.
Namanya tidak asing lagi dalam filem-filem aksi popular. Dari “The Dark Knight Rises” sebagai Bane kepada filem adiwira Marvel, “Venom”, Tom Hardy kini boleh meletakkan juara seni mempertahankan diri selepas memenangi pingat emas di kejohanan Brazilian Jiu-Jitsu di United Kingdom.

Pelakon berusia 45 tahun itu menyertai UMAC Brazilian Jiu-Jitsu Open Championships 2022 secara rahsia tanpa diketahui oleh peserta-peserta lain. Menurut penganjur, kejohanan yang diadakan di Milton Keynes, England itu dikejutkan dengan kehadiran Tom Hardy sebagai salah seorang perseta.
Tom Hardy menyertai kejohanan itu dengan menggunakan nama sebenarnya iaitu Edward Hardy. Pada bulan lalu, dia turut menyertai satu lagi kejohanan REORG Open Jiu-Jitsu Championship yang diadakan di Wolverhampton.
Penganjur Ultimate Martial Arts Championships juga menyatakan mereka tidak mahu memberitahu media mengenai penyertaan pelakon Hollywood. Ini kerana mereka tidak mahu memberikan sebarabg tekanan kepada Tom Hardy ketika bertanding di kejohanan tersebut.

(Photo by Tristan Fewings/Getty Images for Sony)
Pelakon filem “Mad Max: Fury Road” itu juga merupakan pemegang tali pinggang biru dalam seni mempertahankan diri Jiu-Jitsu. Ketika kejohanan, dia telah menewaskan setiap peserta lawan dalam setiap pusingan, sebelum bergelar juara pada pusingan akhir.
Sebelum ini, dia telah terlibat dalam seni mempertahankan diri selama bertahun-tahun. Dalam filem hit “Warrior” yang telah membuat debut pada 2011, dia memegang watak seorang peserta MMA dan perlu menambah berat otot sebanyak 28 paun untuk menjayakan karakter tersebut.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: YAYASAN SUTRA BAKAL MEMPERSEMBAHKAN ‘JAYA RAM’, PRODUKSI TARIAN ODISSI TERBESAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.











