Skip to content

BRAD PITT DAN KEKASIH BARUNYA, LE DOMAINE

Kongsikan artikel ini

JIKA ADAM LEVINE SIBUK DENGAN KES CURANGNYA, LAIN PULA DENGAN BRAD PITT DIA SIBUK DAPATKAN INSPIRASI DARI BEKAS KEKASIHNYA SEMPENA MISI UNTUK MENGELUARKAN SET PENJAGAAN KULIT

Le Domaine merupakan sebuah jenama penjagaan kulit wajah yang membariskan set pencuci wajah, serum dan krim yang juga bersifat gender neutral. Hanya dengan tiga produk ini wajah akan tampak lebih segar. Setiap kandungannya terhasil menerusi gabungan sains dan semula jadi. Le Domaine adalah inspirasi kepada kecantikan alam semula jadi yang mementingkan kelestarian bumi. Malah, turut terinpirasi kepada wain organik datangnya dari estet mewah milik aktor kacak ini.

Segalanya bermula beberapa tahun lalu, apabila dia berada di ladang wain dan mulalah belajar mengenai kewujudan bahan anti-oksida penting untuk kesihatan tubuh badan. Jika dulu, baginya rutin penjagaan wajah itu hanyalah bersifat fleksibel, sekadar membasuh muka namun hampir setiap wanita yang pernah bersama dengannya punya rutin yang hebat, dia banyak mempelajari benda baharu. Seperti Jennifer Aniston sering menghantar produk untuk saya cuba dan Gwyneth Paltrow yang juga mempunyai empayar kecantikannya seperti Goop banyak membantu saya untuk mencari ramuan terbaik.

Brad Pitt meletakkan 100 % fokusnya terhadap setiap proses pembikinan produk Le Domaine. Bermula dengan kajian bersama Professor of Oenology, Pierre-Louis Teissedre yang mencipta ekstrak anggur Mourvedre dan beberapa molekul eksklusif Grenache dan Syrah yang membantu melawan penuaan kulit wajah. Rangkaian ini adalah 100 % vegan dan menurutnya tidak kurang gemar jika meletak sesuatu pada muka dengan adanya aroma dan lebih suka sekadar subtle.

Artikel berkaitan ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut