TIGUAN ALLSPACE LIFE
Keluarga #SUVW: TIGUAN ALLSPACE LIFE Baharu Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) tampil memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu. Yakni SUV terkini yang menyertai barisan model tawarannya. Ditawarkan pada harga RM172,990, ia melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.
Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden. Kelebihannya sebagai jentera dengan ruang dalaman luas tidak berubah. Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruangan but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya.
Secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam serta dinamik seperti varian lain. Ini termasuk gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen. Elemen-elemen lain termasuklah kemasan ‘Allspace’, perumah cermin sisi berwarna perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci. Pelanggan boleh mencita-citakan ruang dalaman Life yang mewah dan penuh fungsi, sama seperti model Volkswagen lain. Antara ciri standard ialah sistem infohiburan Discover Pro bersaiz 9.2” dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.
Life dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gabungan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km. Untuk tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Volkswagen Passenger Cars Malaysia.
Pautan berkaitan: MELANGKAH KE MASA DEPAN ELEKTRIK SEPENUHNYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA
Lebih daripada sekadar reka bentuk juga prestasi, Tiguan Allspace adalah satu kenderaan utiliti sukan termoden lagi tercanggih!
GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022
Mengangkat tema “Joyful Future”, GLAM Lelaki ke-15 meraikan ulang tahun ke-15 bersama 15 Alphamen 2022 dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air.
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN
Mercedes-EQ menjadi pemacu mobiliti elektrik masa hadapan. Dihadirkan dengan tiga model terbaru dari pelbagai segmen.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
Keanggunan Nan Agresif
Arteon R-Line baharu tampil mengimbangi kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik.