KANYE WEST TIDAK LAGI BERGELAR BILIONAIR
Nilai kekayaan Kanye West merudum dari USD2 bilion (RM9.4 bilion) kepada USD400 juta (RM1.9 bilion) selepas Adidas menamatkan kerjasama mereka, menurut Forbes.
Selepas mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, Adidas mengumumkan pada 25 Oktober bahawa jenama itu telah mengakhiri hubungan perniagaan dengan Kanye yang kini dikenali sebagai Ye disebabkan kenyataan anti-Semitiknya.
“Adidas tidak bertolak ansur dengan anti-Semitisme dan apa juga jenis kenyataan berbaur kebencian.
“Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian dan membahayakan. Ia juga melanggar nilai syarikat yang merangkumi kepelbagaian, inklusiviti, saling menghormati dan kesaksamaan,” kata jenama itu menerusi satu siaran akhbar.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS
Kolaborasi adidas x ZALORA dengan penuh hangat berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur demi menyambut rekaan klasik adidas Originals.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.