Skip to content

CITA RASA TRUFFEL OSUSUME DI NOBU KL

Kongsikan artikel ini

Sepanjang November ini, Nobu KL memperkenalkan seleksi menu Truffle Osusume dalam mengetengahkan karakter kulinari paling berharga.

Dalam mengetengahkan karakter kulinari paling berharga iaitu trufel, Nobu KL akan memperkenalkan seleksi menu Truffle Osusume sepanjang November ini. Restoran Jepun yang terletak di Four Seasons Place Kuala Lumpur ini akan membariskan sembilan hidangan osusume baharu yang juga merangkumi pemanis mulut.

New style Salmon Sashimi with Truffle (RM140++)

“Ia merupakan sebuah idea yang sudah lama kami mahu mencuba. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan trufel sebagai bahan masakan, dan ia membolehkan kami untuk menghasilkan seleksi menu yang istimewa dan plebagai,” menurut Cef Eksekutif Nobu KL, Chef Philip.

Chargrill Wagyu with Wakame Truffle Miso (RM375++), dan Seared Chilean Seabass, Taro Espuma and Truffle Salsa (RM170++)

Antara menu yang perlu cuba oleh pengunjung adalah Chargrill Wagyu with Wakame Truffle Miso. Kelembutan pada Wakame Truffle Miso ini digabungkan dengan perisa kekacang dan kesturi pada trufel dengan rasa masin pada wakame yang sempurna, sempurna dinikmati bersama fondan kentang lemak wagyu dan sayuran. Kombinasi yang akan meninggalkan palet dengan lapisan rasa yang menyelerakan.

Sushi Selection (Scallop, Uni, Hirame) (RM160++)

Chef de Partie, Winson Ng Hou Wai pula memperkenalkan hidangan panas iaitu Seared Chilean Seabass, Taro Espuna dan Truffle Salsa. Menurutnya, “ia merupakan interpretasi daripada hot pot tradisional Cina kegemeran yang selalunya menggunakan kepala ikan dan keladi. Saya memberikan sentuhan moden pada kombinasi bahan yang sama dengan menggunakan Chilean Seabass signature dan disatukan dengan Yam Espuma dan Truffle Salsa.”

Truffle Mochi (Sweet Potato, Red Bean) (RM45++), dan Pineapple Kakigori with Truffle Ice Cream (RM50++)

Tidak dilupakan seleksi pemanis mulut daripada menu Osusume ini iaitu Pineapple Kakigori with Truffle Ice Cream, yang menampilkan bahan luar biasa pada pencuci mulut. Apa yang selalunya digunakan dalam masakan savuri kini menjadi pilihan cef di Nobu KL dalam memperkenalkan menu pemanis mulut yang menggunakan trufel sebagai bahan utama.

Menu Truffle Osusume hanya boleh didapati di Nobu KL sepanjang bulan November ini sahaja. Selain Autumn Black Truffle yang menjadi asa kepada menu kali ini, pengunjung juga boleh membuat pilihan White Truffle sebagai a-la-carte pada harga bermusim.

 

Foto: Nobu KL

Baca lebih lanjut: UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Bacaan Lanjut
sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut