Skip to content

KONSERT ‘MARCELL DUA DEKADE’, RAI 20 TAHUN BERSAMA PEMINAT MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Bintang Indonesia, Marcell akan meraikan pembabitan dalam dunia seni dengan konsert “Marcell Dua Dekade” pada 9 Disember sebagai hadiah istimewa buat peminat.

Jika anda ‘Menunggu’ bilakah tiba giliran penyanyi R&B dan soul bersuara merdu, Marcell Siahaan akan kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan, ‘Jangan Pernah Berubah’ dengan ‘Firasat’. Bintang Indonesia, Marcell akan meraikan pembabitan dalam dunia seni dengan konsert “Marcell Dua Dekade” sebagai hadiah istimewa buat peminat di Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 bergelar seorang penyanyi, penyanyi Indoensia yang telah terlibat dalam dunia senia suara sejak 2003 bersama The Jay Events & Media akan menganjurkan sebuah konsert pada 9 Disember 2022. Konsert “Marcell Dua Dekade” ini akan diadakan di Zepp KL.

“Syukur kerana saya masih punya kesempatan kembali menyapa peminat di Malaysia. Pandemik adalah satu tempoh yang sukar untuk kita semua, tetapi seperti single yang saya dalam fasa ini, Menunggu, saya fikir penantian kita semua akan berakhir dengan terlaksananya ‘Marcell Dua Dekade’,” ujarnya.

Selaku ‘tuan punya badan’ yang diberi kesempatan untuk menyapa peminatnya setelah pandemik, dia melahirkan rasa syukur kerana ia menjadi sebuah kesempatan emas buatnya kembali ke Malaysia.

“Dan tentulah kerana ia ‘Marcell Dua Dekade’, konsert ini akan menjadi sangat istimewa dan intim buat saya serta peminat semua setelah kita melalui ujian dan kesukaran dua tahun kebelakangan ini,” tambahnya lagi.

“Kami tahu dia bukan asing buat peminat tempatan mahupun mungkin dari negara jiran seperti Singapura, jadi konsert ini juga sebagai satu projek istimewa bersempena dengan 20 tahun pembabitannya sebagai penyanyi solo yang masih mempunyai magnet dan pesona buat para peminat mereka,” kata Shafik Jay daripada The Jay Events & Media.

Peminat boleh mendapatkan tiket dalam beberapa ketegori bermula harga RM288 (Rock Zone), RM388 (Silver), RM488 (Gold), RM488 (Platinum), Diamond (RM688) dan VIP Box (RM7,888) sudah mula dijual di www.myticketasia.com.

 

Foto: The Jay Events & Media.

Baca lebih lanjut: YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
Transisi Mega: Mark dan Ten Mencipta Identiti Baharu

TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU

Bacaan Lanjut