YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Yussef Dayes bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia pada 25 November ini.
Berita baik buat peminat muzik jazz di Malaysia! Pemain dram, penyanyi juga penulis lagu, juga penerbut musa United Kingdom yang paling berinovatif, Yussef Dayes bakal berkasi buat julung kali di Malaysia. Konsert untuk siri jelejah Asia ini akan diadakan di REXKL pada 25 November 2022.
Sejak kecil lagi Yussef telah giat berkecimpung di dalam dunia jazz. Mula dikenali menerusi persembahan yang dilakukan bersama adik beradiknya di dalam kumpulan United Vibrations, Yussef Dayes telah mula bermain dengan alat muzik sejak berumur empat tahun lagi, dan minat ini telah berputik apabila ayah beliau membelikannya kit dram pertamanya.
“Ibu bapa saya tegas – jika saya mahu melibatkan diri di dalam bidang muzik, saya perlu bersungguh-sungguh dan berusaha dengan serius,” menurut Yussef Dayes yang dibesarkan di kota London dengan latihan muzik tanpa henti. Ketika dia berumur sepuluh tahun, Yussef berpeluang untuk belajar di bawah Billy Cobham (pemain dram Miles Davis). Dia menganggap ini adalah perkara yang paling memberi kesan di dalam perkembangan karier muzik beliau.
Tahun 2018 menyaksikan dia menghasilkan “Love Is The Message” yang merupakan lagu solo pertamanya. Karier solonya terus berkembang pada 2019 dengan pelancaran single berjudul “Duality” yang terdiri daripada lagu-lagu seperti “For My Ladies” dan “Othello”.
Yussef juga pernah menerbit dan menjadi kurator muzik bagi acara makan malam Louis Vuitton di Minggu Fesyen Lelaki Paris pada Januari 2019. Dan, persembahan Dior di Tokyo pada 2021, di mana dia telah bekerjasama dengan tokoh fesyen terkenal, mendiang Virgil Abloh dan Benji B.
Ini merupakan acara pertama dalam siri anjuran kolaboratif di antara Collective Minds Asia dan RK Live Asia. Kedua-dua syarikat promosi ini merancang untuk membawa lebih ramai artis antarabangsa bertaraf eksklusif ke ibu negara.
Tiket sudahpun mula dijual dengan harga RM280 (tertakluk pada terma dan syarat). Untuk maklumat lanjut tentang Yussef Dayes, sila layari www.yussefdayes.com
Foto: Collective Minds Asia dan RK Live Asia
Baca lebih lanjut: DUA SPACE DANCE THEATRE, SUTRA FOUNDATION & DIDANCE MEMPERSEMBAH ‘RENTAK BUMI 2.0’ DISEMBER INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD
“Sneakertopia: Step Into Street Culture” sedang berlangsung di ArtScience Museum, Singapura dengan lebih 100 kasut sniker edisi-terhad dan banyak lagi.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan koleksi Dior Men Winter 2023 secara langsung pada 20 Januari 2023 terus dari kota Paris.