ANAABU BLACK SERIES 2022, INJEKSI NUANSA HITAM
JENAMA LOKAL, ANAABU MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI TERBARU “BLACK SERIES 2022”. LENGKAPI GAYA ANDA DI MUSIM AKHIR TAHUN INI DENGAN HIMPUNAN YANG SERBA VERSATIL DAN KAYA WARNA HITAM.
Pada Oktober lepas, jenama lokal ANAABU membawa kembali koleksi Black Series 2022. Lanjutan daripada keluaran pertamanya pada 2018, ANAABU merangka pelbagai rekaan berinovatif yang menyegarkan. Dalam nuansa hitam yang terdiri daripada rekaan semula masa lalu manakala memperkenalkan yang baharu.
Koleksinya lengkap dengan helaian bersifat praktikal dan beragam. Setiap pakaian mempunyai ciri uniknya tersendiri untuk memberi perbezaan daripada yang lain. Langsung, membolehkan anda menyerlahkan sisi lain, yang mana lebih eksperimental. Walaupun ANAABU dikenali dengan nada rekaan bersifat minimalis, koleksi ini juga bertujuan untuk memberi dimensi gaya pada penampilan seseorang.
Daya tarik utama dari koleksi ini, tentu sahaja pilihan warna hitam. Dan perincian yang lebih fokus, dapat dikreasikan dengan pelbagai gaya kesukaan. Koleksi ini juga berhasrat untuk memberi panduan dan membawa anda ke perjalanan penemuan diri.
Menjanjikan kenyamanan walu harus berhadapan dengan segala cuaca, koleksi ini ternyata eksklusif berbanding mana-mana koleksi ANAABU yang lain. Kerana ia menyerlahkan lagi aspek kreatif pada diri dan berani bereksperimen gaya.
Dengan 20 siluet dan tekstur yang berbeza, ANAABU memastikan setiap pakaian yang ditawarkan berupaya menerangi gaya, meskipun dalam kegelapan. Koleksi ini dibahagikan kepada tiga keluaran dengan bahagian pertama ialah Chapter 1.
Menggambarkan esen warna hitam yang abadi, koleksi ini menggunakan nama seperti Galur, Ireng, Redup, Samar, Jiwa dan Umbra dengan imejan berbeza yang melambangkan keindahannya. Dari padanan gaya ‘androgynous’ ke ‘avant-garde minimalism’.
Terokai koleksi ANAABU Black Series 2022 di sini.
Artikel berkaitan: GUNA MATERIAL KAKTUS, ONITSUKA TIGER MEMPERKENALKAN MEXICO 66™ CACTFUL™
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.















