TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023
Anugerah Golden Globes 2023 bakal membuat kemunculan semula dengan menyaksikan legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Terbaik – Komedi/Muzikal.
Selepas diselubungi kontroversi demi kontroversi, Anugerah Golden Globes akan membuat kemuncualn semula di televisyen. Tahun ini, anugerah ini bakal kembali dengan menyaksikan legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi untuk ketagori Pelakon Filem Wanita Terbaik – Komedi/Muzikal.
Filem “The Banshees of Inishrein” mengungguli dengan lapan nominasi keseluruhan, manakala filem aksi sci-fi lakonan Tan Sri Michelle Yeoh, “Everything Everywhere All at Once” menerima enam nominasi untuk kategori Komedi/Muzikal, termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Tom Cruise yang telah memulangkan ketiga-tiga trofi Golden Globes miliknya sebagai tanda protes tidak menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Terbaik – Drama, tetapi filem blockbuster terbesar tahun ini “Top Gun: Maverick” menerima pencalonan untuk Filem Terbaik – Drama.
Untuk kategori Lagu Asal Terbaik akan menyaksikan pertandingan antara nama-nama besar dalam industri muzik. Taylor Swift, Lady Gaga dan Rihanna akan merebut trofi muzikal ini yang menyaksikan pencalonan dua bakat dari India yang turut menerima penghargaan.
Senarai nominasi untuk 27 kategori keseluruhan telah diumumkan oleh Mayan Lopez dan Selenis Leyva daripada rancangan komedi NBC “Lopez vs. Lopez”, serta Helen Hoehne, presiden Hollywood Foreign Press Association (HFPA).
Kategori rancangan televisyen juga menarik kali ini dengan menyaksikan “The Crown” dan “House of Dragon” menerima pencalonan utama untuk Golden Globes ke-80. Rancangan popular seperti “Wednesday” turut membuat kejutan dengan menerima beberapa pencalonan.
Berikut adalah senarai nominasi untuk Anugerah Golden Globes 2023:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA FESYEN RETRO LELAKI: INSPIRASI KLASIK UNTUK PENAMPILAN MODEN
Panduan gaya retro moden untuk lelaki, rahsia fesyen vintaj klasik dan bergaya menjadikan anda jejaka yang penuh karakter dan karisma.
5 SIRI WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI THE PERFECT COUPLE
Jika anda menikmati setiap episod The Perfect Couple, tonton lima lagi naskah hebat yang mempunyai genre sama.
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
20 GAYA SELEBRITI TERBAIK DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2024
Kejohanan tenis paling berprestij, Wimbledon 2024 menyaksikan kehahiran barisan selebriti, pempenagruh media sosial, atlet sukan serta keluarga diraja United Kingdom dengan gaya musim panas yang chic.
5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ada kalanya sebagai pelakon, muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.
MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099
Siri itu merupakan sekuel kepada Blade Runner asal dari tahun 1982 dan filem seterusnya, Blade Runner 2049 (2017).