KANE LIM BINTANG BLING EMPIRE LELAKI ASIA PERTAMA BERGELAR FENTY FACE
SIAPA SANGKA TUAH SELEPAS BLING EMPIRE, KANE LIM LELAKI ASIA PERTAMA BERGELAR FENTY FACE DAN WAJAHNYA KINI TERPAMPANG UNTUK KEMPEN FENTY DI BUTIK SEPHORA SINGAPURA, ION ORCHARD.

GL berpeluang untuk menemubual secara eksklusif bersama kane lim, mengintip rahsianya dalam rutin kecantikan dan stigma mengenai lelaki berias.
Perasaan anda apabila dipilih sebagai duta Fenty Face Asia Tenggara pertama?
Ianya merupakan satu penghormatan besar buat saya dan menghargai diri saya. Saya pernah melalui pengalaman pahit sewaktu kecil sehingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Namun, kini saya menemui nilai estetik yang selama ini saya tercari-cari iaitu keyakinan diri.
Kane Lim lelaki Asia pertama bergelar Fenty Face untuk Fenty Beauty
Jenama Fenty sering dikaitkan diversiti. Apa yang anda ingin terjemahkan dalam dunia lelaki? Apakah mesej yang anda terjemahkan mengenai stigma lelaki bersolek?
Saya sangat percaya bahawa lelaki lebih berani dan punya sifat ingin tahu terutama berkaitan alat solek wanita. It was once considered to be too “out there” or too “metro(sexual). Tetapi saya yakin ianya akan berubah. Seperti diri saya yang juga dahulunya tidak begitu yakin untuk bersolek walaupun hanya asas sahaja tetapi sejak berada dalam dunia hiburan, ia membuka mata dan minda saya bahawasanya ramai lelaki selesa untuk berias agar tampak lebih bersiap. Tidak salah untuk anda berbelanja membeli barangan penjagaan kulit wajah atau solekan kerana untuk menjaga penampilan diri.
Artikel berkaitan SELAMAT TINGGAL KULIT KUSAM, HELLO NEW SKIN!
Apakah barangan Fenty Beauty pertama yang anda guna?
Eaze Drop Blurring Skin Tint. Saya sangat gemarkan teksturnya yang mengaburi kulit wajah tanpa terasa berat pada permukaan kulit. Dan yang penting tampak natural. Formulanya pula mengandungi sodium hyaluronate bertindak sebagai menyerlahkan kulit wajah lebih lembut, licin dan lembap. Menariknya, ia tidak bersifat komedogenik, tidak akan menyumbat liang atau menggelupas.

Kulit anda kelihatan hebat dan sempurna! Apakah rutin anda?
Langkah penjagaan kulit saya sangat mudah, saya menggunakan pencuci muka dan kemudian menggunakan shrink water essence. Apabila saya keluar, saya menggunakan pelembap dengan pelindung matahari. Sebagai pelindungan asas daripada pigmentasi pada kulit. Juga, saya tidak pernah lupa menyapukan ke seluruh badan saya dengan melembapkan bersama krim badan Butta Drop Whipped Oil. Memandangkan saya sering pergi ke negara yang berbeza, kulit saya perlu menyesuaikan diri dengan iklim yang berbeza dan pelembapan adalah penting.
Cuaca di Singapura panas dan lembap, dan saya percaya bahawa penghidratan adalah perkara yang paling penting, dan ia harus diambil secara luaran atau lisan untuk menguatkan kelembapan. Selain minum air, anda juga boleh minum teh herba. Bagi produk penjagaan kulit yang melembapkan, saya mengesyorkan Eaze Drop Blurring Skin Tint.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











