Skip to content

COLE HAAN MELANGKAH KE DUNIA DIGITAL DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Label kasut dan aksesori ikonik Amerika Syarikat, Cole Haan kini melancarkan platform e-commerce di Malaysia, selain pembukaan semula stor fizikal di Kuala Lumpur.

Selepas beberapa tahun ‘menghilangkan diri’, Cole Haan kini bersedia untuk melangkah penuh energi ke masa hadapan. Label kasut dan aksesori ikonik Amerika Syarikat itu telah melancarkan platform e-commerce di Malaysia, dan bakal membuka semula beberapa stor fizikal di Kuala Lumpur.

“Cole Haan mempunyai pasaran di 90 buah negara di seluruh dunia, dan akan mencecah 100 pasaran menjelang 2023. Kami melihat Malaysia mempunyai potensi yang sama seperti pasaran utama di rantau Asia seperti China, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Filipina dan juga Jepun. Dan, dengan kerjasama baharu bersama FJ Benjamin ini kami harap akan berkembang pesat di Malaysia,” kata Senior Vice President of International at Cole Haan, Mr Adrian Santos ketika temu bual ekslusif bersama GLAM Lelaki.

Platform E-Commerce Cole Haan di Malaysia

Bermula Julai tahun ni, Cole Haan melalui kerjasama FJ Benjamin selaku pengedar pemasaran dan peruncitan rasmi untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Kolaborasi ini telah membawa kepada pelancaran platform e-commerce di Malaysia yang merupakan stor digital Cole Haan ke-39 di seluruh dunia.

Kini, peminat boleh terus mendapatkan kasut Cole Haan kegemaran mereka terus di hujung jari sahaja. Laman e-commerce pertama di Malaysia ini juga merupakan laman digital ke-35 yang dilancarkan bersama rakan niaga mereka.

Dalam meneruskan langkahan bertenaga ke pasaran Malaysia, Cole Haan bakal membuka beberapa stor fizikal di sekitar Lembah Klang. Selain stor sedia ada di Mitsui Outlet Park KLIA ,  lokasi yang menjadi tumpuan adalah Pavilion KL, Suria KLCC, The Gardens Mall dan TRX. Stor fizikal ini akan dibuka pada 2023.

Koleksi Perayaan Akhir Tahun

Bagi label gaya hidup penuh energi ini, Cole Haan merasakan tahun 2022/2023 merupakan momen yang terbaik untuk memulakan langkah bertenaga ke masa hadapan dengan melancarkan koleksi kasut dan aksesori terbaharu. Koleksi musim perayaan ini menumpukan kepada desain but, but mendaki serta kasut perayaan untuk digayakan pada parti akhir tahun.

Setiap koleksi baharu musim ini kekal dengan desain signature Cole Haan yang cukup mementingkan keselesaan dan fungsi dalam setiap langkahan. Sama ada untuk dipakai sepanjang hari, setiap desain boleh digayakan dari ke kantor kerja atau ketika bersenam di gimnasium. Koleksi terbaharu boleh didapati melalui laman rasmi di sini.

 

Foto: Cole Haan

Baca lebih lanjut: PAMERAN VAN GOGH ALIVE KINI DI MALAYSIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Bacaan Lanjut
Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Bacaan Lanjut
CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS

CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS! INI 3 KASUT PILIHAN POP IDOL KOREA ITU

Bacaan Lanjut

GUNA MATERIAL KAKTUS, ONITSUKA TIGER MEMPERKENALKAN MEXICO 66™ CACTFUL™

Bacaan Lanjut
10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bacaan Lanjut

CNCRD, PLATFORM DIGITAL TEMPATAN PERTAMA BUAT PENCINTA SNIKER

Bacaan Lanjut