Skip to content

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

Kongsikan artikel ini

Audemars Piguet membentangkan dua set arloji Royal Oak Selfwinding yang melangkau kejelasan spektrum permata berwarna-warni. 

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET

Lanjutan dari perkenalan arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Audemars Piguet Royal Oak Selfwinding diperkemas tatahan permata potongan baguette eksklusif berwarna-warni.

Terdiri daripada 10 utas setiap satu kreasi dalam dua saiz yakni 41mm dan 37mm.

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 Royal Oak nan ikonik, pembikin arloji artistik Swiss; Audemars Piguet mencitrakan kembali arloji yang mendakap keharmonian rona pelangi. Pelancaran dua set Royal Oak Selfwinding ini tampil membentuk spektrum pelangi bila kesemua jam tangan ini digabungkan secara berasingan.

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

Himpunan Royal Oak Selfwinding Rainbow baharu menampilkan ukuran 37mm dan 41mm. Demikian, kedua-dua set ini tampil terhad dalam 10 unit setiap satu versi yang diperbuat dari emas putih. Kedua-dua konstruksi rangka baharu ini diperkemas dengan mengangkat seni tatahan permata paling eksklusif sambil memaparkan indikasi jam, minit dan saat.

Ditenagai penggulungan automatik, masing-masing dihiasi batu permata berpotongan baguette yang berbeza. Ini termasuk batu permata Orange Spessartite, Ruby, Pink Tourmaline, Amethyst, Tanzanite, Blue Topaz, Blue Sapphire, Emerald, Tsavorite, dan Yellow Chrysoberyl. Setiap versi diterangi oleh 800 butir batu permata yang memenuhi segenap laman dailnya.

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

Kesemua permata terpilih ini ditempah secara eksklusif untuk dipotong dengan teliti bagi menawarkan kejelasan warna yang tepat. Pengaturan tatahan permata ini dipikul oleh Salanitro, yang merupakan sebuah syarikat khusus dalam menerima tempahan pembuatan jam tangan dan penetapan batu permata Swiss.

Pautan berkaitan: PERKENALAN PERDANA HÔTEL DES HORLOGERS

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut