Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
SAAT MEMILIH BUSANA KASUAL MUSIM BUNGA, KENYAMANAN BAHAN SERTA KEUDARAAN TENTU MENJADI PERTIMBANGAN DEMI DAPAT BERGAYA DENGAN NYAMAN DAN STYLISH SECARA BERSAMAAN. UNTUK MUSIM BUNGA 2023, ARMANI EXCHANGE SAMBUT TENAGA VIBRANT YANG AKAN MENDUKUNG SETIAP GERAK ANDA.
Menggariskan semangat jenama Armani Exchange yang baharu, untuk kempen musim bunga/panas 2023, menyingkap tema juga semangat “We Beat As One” yang dengan jelas dan nyata merangkumi nilai dan keunikan jenama. Satu ekspresi tenaga yang hebat, pergerakan dan gaya yang mendatang. Hadir bersama dalam satu rentak.
Dirakam di studio oleh Drew Vickers, visual kempen membayangi warna putih dan cahaya yang terbias secara bersamaan pada bahagian belakang. Bersama barisan model yang bervariasi rupa dan inklusif. Setiap model hadir dirakam ada bersendirian atau berpasangan. Menangkap pose dinamik seperti gerakan menari dan kebebasan bergerak yang berpadu dengan pakaian pilihan tanpa perbezaan gender.
Mesej positif dan bertenaga juga mengilhami penghasilan kempen video yang dirancakkan dengan muzik tema “My Heart Goes Boom” oleh French Affair, menepati tema yang cuba disampaikan Armani.
Rentak muzik yang rancak menghidupkan lagi kempen video Armani Exchange…
Untuk musim ini, rentak muzik menjadi bunyi pengenalan untuk mengiringi pelancaran kempen dan koleksi. Muzik iringan merupakan hasil kerja oleh pereka Simona Argurio dan Riccardo Paparella, dan dianimasikan oleh pereka grafik Chiara Gucciardi dan Enrico Clementi. Lalu menterjemahkan estetika Armani Exchange dalam bentuk muzik yakni segera, minimal dan kekuatan karakter.
Perihal rekaan pula, memberikan identiti berbeza pada setiap potongan, logo reflektif, poket yang ditempatkan di posisi betul, juga hadir di beberapa sudut pakaian demi proses gaya harian yang praktikal tanpa meninggalkan nuansa penuh gaya.
Setiap rekaan direka dengan sempurna, secara teknikalnya koleksi musim ini melalui penelitian yang teliti dan perincian terhadap setiap material dan rekaannya demi memuaskan setiap pemakai.
Artikel berkaitan: CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.















