IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI
Ikon fesyen antarabangsa, Chiara Ferragni bersama Nespresso mempekenalkan rangkaian kopi edisi terhad Ispirazione Italiana yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.
Nespresso Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh gaya bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni. Diinspirasikan oleh tradisi kopi serantau Itali, Chiara bersama-sama Nespresso menghasilkan koleksi edisi terhad yang mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana.
Dengan pelancaran kopi Milano Intense, aksesori, serta sebuah mesin kopi yang memberi penghormatan kepada suasana bandar dan tempo kontemporari kota Milan. Ia juga memulakan sebuah perjalanan penuh penerokaan melalui cinta beliau terhadap kopi dengan sebuah siri filem pendek empat bahagian.
Penerokaan Kopi Bersama Ikon Fesyen Itali
Bersama ahli sejarah terkenal, Filippo Cosmelli, dia memulakan pengembaraan dengan mempelajari sejarah menarik budaya kopi Rom dan tradisi serta kreativiti kota indah tersebut. Mereka melawat pelbagai lokasi ikonik, termasuklah Antico Caffè Greco untuk menikmati espresso Roma dan meneroka tradisi memanggang gaya Itali.
Perjalanan diteruskan ke seluruh bandar Milan, inspirasi sebenar di sebalik rekaan, rasa, dan nota kopi Milano Intense. Ia berasal daripada lokasi bersejarah seperti Villa Necchi, Palazzo Montedoria dan Gereja Duomo. Menara-menara emas Duomo dan rekaan khas geometrik hijau gelap dengan aksen emas Villa Necchi boleh dilihat dalam koleksi edisi terhad tersebut.
“Cinta saya terhadap kopi dan Itali tidak mengenal batasan, oleh itu saya teruja dapat bekerja sama sekali lagi dengan keluarga Nespresso yang saya hargai untuk menghasilkan koleksi edisi terhad ini. Rangkaian terbaharu ini diilhamkan oleh kreativiti dan budaya Milan yang kaya, dan saya sangat gembira dapat menghasilkan kopi yang penuh kelazatan dengan aksesori dan mesin yang cantik untuk dinikmati para penggemar kopi di mana sahaja mereka berada,” kata Chiara Ferragni.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan ZEGNA Winter 2024 yang bertemakan THE OASI OF CASHMERE. Saksikan secara livestream pada 15 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Milan.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA
Jungjae Lee dilantik sebagai duta global Gucci dan menghiasi kempen terbaru Gucci Valigeria. Mengertikan kembara mewah sebenar.
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA
Koleksi musim luruh/sejuk 2023 Onitsuka Tiger telah dipersembahkan sewaktu minggu fesyen Milan. GLAM Lelaki antara terawal yang dapat menyaksikan koleksi tersebut secara peribadi.
3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH
Jangan lupa untuk mencuba 3 idea ringkas ini untuk mengubah detik-detik Hari Raya Aidilfitri anda menjadi kenangan terindah bersama yang tersayang.