BVLGARI POUR HOMME MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI
Bvlgari Pour Homme Eau de Toilette baunya ada keharmonian antara segar dan lembut. Seperti membawa diri untuk berehat!

Baru-baru ini Bulgari mengumumkan aktor China, Yang Yang sebagai wajah baharu untuk Asia Pasifik menerusi kempen Pursuit of Harmony. Menurut Yang Yang, “ The soft and pure of Pour Homme mengingatkan saya kepada persalinan baju kemeja putih dan jelas di ingatan minda saya mengenai setiap individu ambil masa untuk relaks.”
Aroma Harmoni Pour Homme
Disebalik kesibukan kerja atau gaya hidup, pasti ketenangan paling dinanti-nantikan. Pour Homme merupakan wangian segar yang membawa anda ke pengalaman yang seimbang dan harmoni. Seperti dunia itu anda yang punya! Anda yang membentuknya. Wangian yang menyentuh keikhlasan dan kekuatan kebebasan diri walaupun berada di mana-mana. Pour Homme adalah minyak wangi holistik yang menggabungkan intimacy dan “extimacy” yang membawa kepada elemen kontemporari. Pakar wangian Jacques Cavallier bertindak mencari intipati dalam mengekalkan kesegaran hingga keselesaan.

Ramuan yang terkandung Pour Homme Eau de Toilette memanggil anda untuk relaks dan menikmati momen tenang. Nota wangi Darjeeling Tea, menerusi kesegaran daun hijau memberi perasaan the most soothing sesuai untuk kesihatan minda. Jika untuk keselesaan sensasi, nota Water Lily bersama pilihan bunga istimewa adalah kegunaannya. Untuk membawa anda selesa ke semua acara nota Amber dan Musk pencetus utama.

Bulgari juga menampilkan ilham baru dalam rekaan flacon bersama penutup baharu, lambang kepada elegan jenama mewah ini. Bvlgari Pour Homme bukanlah wangian intensif tetapi memberi keharmonian dalam kehidupan harian anda dan sesuai digunakan siang dan malam.
Artikel berkaitan Aspirasi Petualangan Bvlgari Alvminivm
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.











