Skip to content

PESTLE & MORTAR CLOTHING BUKA STOR FLAGSHIP TERBAHARU DI APW BANGSAR

Kongsikan artikel ini

Label streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing terus menghangatkan latar fesyen Kuala Lumpur dengan pembukaan stor flagship terbaharu di APW Bangsar.

Berita baik buat peminat fesyen streetwear di Kuala Lumpur. Label streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing terus menghangatkan latar fesyen Malaysia dengan pembukaan stor flagship terbaharu yang terletak di APW Bangsar.

pestle & mortar

Menampilkan desain tingkap berbentuk mikroorganik yang boleh di lihat di hadapan stor untuk menciptakan bingkai sempurna dalam penceritaan label. PMC KL menampilkan konsep yang unik yang akan membiaskan pengalaman pada momen pengunjung melangkah masuk. Stor ini turut menggunakan tona hitam dan putih yang menjadi simbol label, selain dapat memberikan produk-produk terpapar seperti karya seni.

Stor Pestle & Mortar Clothing ini juga bakal bertindak sebagai hub komuniti. PMC KL akan menampilkan ciri-ciri eksklusif seperti Custom Lab eksklusif, selain penganjuran acara-acara pada setiap bulan. Dengan rekaan fleksibiliti dan ‘fluid’ sebagai asas, dekorasi stor boleh diubah-ubah untuk menjadi ruang yang sesuai untuk pelabagai aktiviti.

pmc apw bangsar

Label yang diasaskan pada 2010 ini juga senantiasa mengangkat bakat-bakat tempatan. Oleh itu, stor ini boleh dijadikan platform untuk menganjurkan acara buat personaliti mahupun jenama-jenama lain untuk komuniti masing-masing.

Lokasi di APW Bangsar ini istimewa. Ia menandakan PMC kembali ke Bangsar selepas stor flagship mereka di Jalan Telawi yang telah tutup pada 2018. Lokasi baharu ini dipilih kerana ini dapat menterjemahkan gaya hidup PMC, turut menjadi lokasi Smashing Weekends yang ikonik oleh mereka pada 2014.

pmc kl

“Kami sangat teruja dengan pembukaan stor flagship di APW Bangsar dan menjadi sebahagian daripada ruang dinamik ini yang dekat dengan ‘Homies’ label,” kata pengasas PMC, Hugh Koh.

PMC KL terletak di APW, Bangsar, Jaln Riong, Kuala Lumpur. Stor ini dibuka setiap Selasa hingga Ahad bermula 12pm hingga 8pm.

 

Foto: Pestle & Mortar Clothing

Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

casetify pestle & mortar

CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING

Bacaan Lanjut
Hugh Koh

“SETIAP LELAKI MEMERLUKAN SISTEM SOKONGAN” – HUGH KOH #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023

Bacaan Lanjut

JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

JERSI BOLA SEPAK ‘1963’ KIT: KOLABORASI PERTAMA ASIA ANTARA SABAH FC, LOTTO DAN PESTLE & MORTAR CLOTHING

Bacaan Lanjut

DANIEL LIM, BERPEGANG PADA IDENTITI GAYA

Bacaan Lanjut