Skip to content

LIMA BEG MENARIK DARI KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

Kongsikan artikel ini
1 of 4

LOUIS VUITTON HADIRKAN KOLEKSI MUSIM PANAS 2023 TAIGARAMA. KALI INI MEMBAWA NAFAS OLAHRAGA YANG KENCANG SERTA DITUANGKAN KE DALAM KOLEKSI MUSIM PANAS TERBARU. GLAM LELAKI MEMILIH LIMA BEG MENARIK UNTUK LELAKI ALFA. 

Koleksi lelaki untuk Louis Vuitton masih kental dengan nuansa sukannya. Nampaknya trend fesyen lelaki kekal dilandasi oleh semangat sporty dari sebuah asosiasi. 

Kali ini, untuk koleksi musim panas 2023, Louis Vuitton melawat semula pola gaya segar berinspirasikan era ‘80-an berwarna kuning neon, hijau Miami dan putih optik. Menginfusikan ciri khas Louis Vuitton, yakni kulit sebagai sebuah selebrasi himpunan aksesori kulit. 

Dihasilkan dalam kanvas Louis Vuitton dan kemasan kulit Taiga yang dicetak dengan monogram, koleksi Taigarama merangkumi item bernada sukan dengan sentuhan baharu, seperti beg silang Duo dalam warna kuning neon, aksesori harian yang ideal, serta beg tote bersifat versatil yang melengkapi penampilan juga sesuai dibawa kala gaya ringkas hujung minggu. 

Beg silang Duo berupa gaya kekinian dengan reka bentuk ‘sleek’ lagi sederhana dan praktikal kerana dilengkapi zip sisi, pouch berzip yang boleh tanggal dan tali beg boleh laras untuk mencapai optimal gaya yang versatil. 

Diinspirasikan oleh gaya klasik Louis Vuitton, beg tote Taigarama yang bersahaja menawarkan ruang beg yang luas dan tiga poket dalam untuk menyimpan barang keperluan dengan selamat. Pemegang berkembar dalam kemasan kulit dan tali bahu yang serba klasik boleh laras, boleh tanggal atau biarkan ia dengan sebarang situasi. 

Dari tampilan aksesori, karakter beg yang ditawarkan tentu mengikuti esensi dari semangat Taigarama itu sendiri. Tas kembara bermonogram LV yang lain juga dihadirkan dan punya keistimewaan lain demi memenuhi kehendak pasaran semasa. Lebih-lebih lagi buat kelompok ‘traveller’ yang memiliki cita rasa yang pelbagai. 

Semak lima beg LV Taigarama 2023 pilihan GLAM Lelaki…

  1. BEG KEEPALL 50B

2. OUTDOOR MESSENGER

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut