ZEVE PERKENAL THE QUIET SHIFT, EKSPRESI BAHARU MENSWEAR KONTEMPORARI
The Quiet Shift diperkenalkan oleh ZEVE sebagai kempen buat koleksi terbaharu mereka yang semakin berkembang sebagai jenama fesyen tempatan.
Jenama pakaian lelaki tempatan, ZEVE, memperkenalkan The Quiet Shift. Ini merupakan kempen dan koleksi terbaharu yang menandakan fasa baharu dalam evolusi jenama itu. Memperluaskan penawaran gaya hidup yang semakin berkembang, koleksi ini mengetengahkan ekspresi sofistikasi yang lebih tenang. Semuanya menerusi tekstur premium, hasil kerja halus, dan siluet versatil yang direka untuk lelaki moden.

Menampilkan 22 rekaan yang dipilih dengan teliti, The Quiet Shift mengukuhkan lagi kategori knitwear ZEVE sambil memperkenalkan pilihan kasut, outerwear, dan denim baharu. Berteraskan konsep gaya effortless, koleksi ini mencerminkan perubahan ke arah keyakinan yang lebih subtle serta gaya yang malar segar.
Antara item utama dalam koleksi ini ialah Kael Knit Polo Tee, Roman Knit Shirt, Marcel Knit, dan Auren Knit. Ia menyerlahkan penerokaan berterusan ZEVE dalam menghasilkan knitwear premium dengan sentuhan moden. Melengkapkan rangkaian ini ialah pengenalan Harvard Jacket. Jaket ini diperbuat daripada suede mewah yang memberikan elemen sofistikasi understated untuk gaya harian.

Dalam kategori kasut pula, ZEVE memperluaskan koleksinya dengan empat rekaan sandal suede baharu iaitu Hayes Sandal, Kyle Sandal, Ethan Sandal, dan Elan Sandal. Turut diperkenalkan ialah Regent Loafer in Black, siluet baharu yang menyerlahkan keseimbangan antara ketelitian pertukangan dan elegan kontemporari. Identiti yang sinonim dengan ZEVE.
Koleksi ini turut memperkenalkan Viggo Wide Fit Jeans, direka dengan potongan santai dan siluet moden. Ia menampilkan elemen keselesaan serta versatiliti, selari dengan semangat The Quiet Shift.
Menurut pengasas ZEVE, Zaid Arif, The Quiet Shift mencerminkan evolusi semula jadi dalam cara lelaki berpakaian hari ini.
“Menswear moden tidak lagi ditentukan oleh formaliti semata-mata. Ia kini tentang keyakinan, keselesaan, dan ketelitian craftsmanship. Melalui koleksi ini, kami mahu menghasilkan helaian yang terasa natural untuk dipakai sambil mengekalkan sofistikasi timeless yang menjadi identiti ZEVE,” katanya.

Diasaskan di Kuala Lumpur sebagai label kasut artisan, ZEVE kini berkembang menjadi jenama menswear dinamik yang menawarkan tailoring siap pakai, pakaian, serta aksesori. Zeve dikenali dengan kasut kulit buatan tangan dan komitmen terhadap craftsmanship berkualiti tinggi. Jenama ini juga terus mentakrif semula menswear kontemporari melalui reka bentuk timeless dan versatiliti moden.
Koleksi The Quiet Shift mula tersedia pada 16 Jun 2026 di butik-butik ZEVE serta saluran dalam talian, mengajak pelanggan menikmati musim baharu yang diinspirasikan oleh kemewahan subtle dan sofistikasi effortless.
Pautan berkaitan: CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
FROM THE STREETS: 5 JENAMA LOKAL BERGAYA ON POINT
Lima jenama lokal yang membawa nafas baharu kepada streetwear Malaysia dengan gaya berani dan penuh karakter.
ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN
Zeve hadir dengan koleksi terbaharu mereka, khas buat lelaki moden yang ingin tampil bergaya dan kemas, koleksi Men Of Measure.
10 FESYEN ITEM JENAMA TEMPATAN SEBAGAI HADIAH VALENTINE
Untuk Valentine tahun ini, GLAM Lelaki ingin mencadangkan barisan fesyen item dari jenama tempatan yang anda boleh jadikan hadiah.











