PUNCA PERCERAIAN TOM BRADY & GISELE BUNDCHEN TERBONGKAR
Lima bulan membawa haluan masing-masing, Gisele Bundchen akhirnya mendedahkan punca perceraian dengan Tom Brady yang digelarnya sebagai ‘pengakhiran impiannya’.
Bercakap kepada majalah Vanity Fair, Gisele menegaskan bahawa kerjaya bekas suaminya sebagai bintang National Football League (NFL) bukanlah satu-satunya sebab mengapa dia membuat keputusan untuk bercerai. Ia jauh lebih rumit daripada itu.
Apabila ditanya adakah dia memberi Tom kata dua sama ada untuk memilih kerjaya atau keluarga, supermodel kelahiran Brazil itu berkata tuduhan tersebut “amat menyakitkan” dan “perkara paling gila yang pernah didengarinya.”
Gisele mendedahkan, mereka berkembang menjadi insan dengan matlamat kehidupan yang berbeza dari semasa ke semasa. “Ketika saya berusia 26 tahun dan Tom berusia 29 tahun, kami bertemu, kami membuat keputusan membina keluarga, kami mahukan perkara yang sama. Namun apabila masa berlalu, kami menyedari bahawa kami mahukan perkara berbeza.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH
Pasti anda tidak menyangka barisan selebriti Hollywood popular ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Pelakon asal Singapura, Erwin Dawson kini sah bergelar suami kepada gadis idamannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah.
JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER
Joe Jonas sudah pun temui cinta baru selepas empat bulan menfailkan perceraian terhadap aktres Sophie Turner.