TERAPI OZON REKTUM, AMALAN KESIHATAN GWYNETH PALTROW YANG PELIK DAN MEMBIMBANGKAN
Aktres dan usahawan, Gwyneth Paltrow sememangnya tidak asing lagi dengan amalan diet terlalu ketat dan rutin kesihatan yang diragui.
Bercakap dalam podcast The Art of Being Well baru-baru ini, Gwyneth Paltrow ditanya oleh Dr Will Cole mengenai amalan kesihatan paling pelik yang pernah dilakukannya. Dia menjawab, “Saya mengamalkan terapi ozon di bahagian rektum. Ia agak pelik tapi sangat membantu.”
Menurut The Cleveland Clinic, ia adalah terapi yang menggunakan gas ozon gred perubatan yang dipantau melalui alat penjana ozon yang boleh dimasukkan ke dalam tubuh dengan pelbagai cara. Ia boleh dimasukkan menerusi dubur seperti yang dilakukan Gwyneth Paltrow, disapukan ke kulit, disuntik ke dalam darah dan otot. Ia bahkan ditelan dengan meminumnya bersama sedikit air atau minyak.
Terapi ozon dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan tekanan oksidatif, menggalakkan sistem imun serta melindungi tubuh daripada bakteria dan kulat. Ozon adalah molekul gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen, menurut The American Lung Association. Ia juga dikenali sebagai asap yang berbahaya jika dihidu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI
Ada seribu satu sebab mengapa anda sukar melelapkan mata pada waktu malam. Teknik 4-7-8 ini boleh membantu anda lena beradu.
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!