Skip to content

saudia airlines

MENGHUBUNGKAN DUNIA KE ARAB SAUDI, SAUDIA TAMBAH 25 DESTINASI PENERBANGAN BAHARU DI SELURUH DUNIA

Kongsikan artikel ini

Dari London ke Beijing, SAUDIA bersama syarikat penerbangan kos rendah, flyadeal menambah 25 destinasi baharu selain perkhidmatan “Tiket Anda Visa Anda” untuk transit dan ibadah umrah.

SAUDIA Group meneruskan penguasaan mereka dalam dunia penerbangan antarabangsa dengan menambah lagi beberapa destinasi utama seperti London Gatwick; Beijing, China; dan Nice, Perancis. Bermula tahun 2023, SAUDIA bersama syarikat penerbangan kos rendah, flyadeal akan menambah 25 destinasi baharu untuk menghubungkan dunia ke Arab Saudi.

saudia airlines

Berikut adalah 25 destinasi penerbangan dan percutian baharu oleh Syarikat Penerbangan Nasional Saudi Arabia (SAUDIA) dan flyadeal bermula tahun ini:

  • Beijing, China
  • Birmingham, United Kingdom
  • Chittagong, Bangladesh
  • Dar es Salaam, Tanzania
  • Djibouti
  • Johannesburg, Afrika Selatan
  • Kano, Nigeria
  • London Gatwick, United Kingdom
  • Malaga, Spain
  • Mykonos, Greece
  • Nice, France
  • Baghdad, Iraq
  • Lisbon, Portugal
  • Sharm el Sheikh, Mesir
  • Tbilisi, Georgia
  • Baku, Azerbaijan
  • Trabzon, Turki
  • Izmir, Turki
  • Antalya, Turki
  • Bodrum, Turki
  • Sarajevo, Bosnia
  • Heraklion, Greece
  • Rhodes, Greece
  • Larnaca, Cyprus
  • Tivat, Montenegro

saudia airlines

Ticket Anda Visa Anda

Bermula pada tahun ini juga, SAUDIA telah mengumumkan pelancaran “Tiket Anda Visa Anda” pada bulan Januari. Perkhidmatan pertama seumpama ini menyediakan penumpang dengan akses yang lebih mudah ke Arab Saudi melalui sistem integrasi digital yang menghubungkan terus visa transit dengan tiket penerbangan. Ia bertujuan untuk menggalakkan para penumpang menunaikan umrah, melawat destinasi utama dan menghadiri acara semasa transit nanti.

Perkhidmatan baharu ini, yang meliputi semua lapangan terbang antarabangsa di Arab Saudi, akan membenarkan penumpang untuk menetap sehingga 96 jam. Ia bagi membolehkan mereka mengembara di sekitar Arab Saudi dan menunaikan ibadah Umrah. Integrasi digital dengan Kementerian Luar Negeri memudahkan pengeluaran visa transit dan menghubungkannya dengan tiket penerbangan SAUDIA dalam masa tiga minit.

visa Arab saudi

Diasaskan sejak 1945, Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) merupakan syarikat penerbangan national Saudi Arabia. Hari ini, ia menjadi antara syarikat penerbangan terbesar di rantau Timur Tengah dengan memiliki 142 pesawat, termasuk jet berbadan lebar terbaharu dan tercanggih yang terkini. Antaranya B787-9, B777-300ER, Airbus A320-200, Airbus A321 dan Airbus A330-300.

Sepanjang tahun lepas, inisiatif SAUDIA telah memperoleh pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Global 5 Bintang dan penarafan DIAMOND dalam kategori Keselamatan Kesihatan APEX. SAUDIA mempunyai 30 penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Jeddah setiap bulan.

 

Foto: SAUDIA Group

Baca lebih lanjut: KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DESTINASI PERCUTIAN AKHIR TAHUN 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA ANGGAP REZEKI!” – ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

Bacaan Lanjut
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

Bacaan Lanjut
5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022

5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022

Bacaan Lanjut

SET HAJI & UMRAH TANAMERA BANTU LANCARKAN IBADAH DI TANAH SUCI

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK RAJA ARAB SAUDI, RAJA SALMAN ABDULAZIZ AL-SAUD

Bacaan Lanjut