5 PUTERI EROPAH RUPAWAN YANG BAKAL BERGELAR RATU
Ratu Elizabeth II melakar sejarah dalam tempoh pemerintahannya selama 70 tahun.
Bukan itu sahaja, baginda juga dianggap sebagai monarki paling ikonik walaupun selepas kemangkatannya. Justeru bagaimana pula dengan generasi Ratu Eropah yang akan datang? Barisan pewaris Diraja Britain diterajui oleh lelaki – daripada Putera Charles kepada Putera William dan Putera George. Bagaimanapun terdapat beberapa puteri yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan di Eropah.