20 SEGAK & ANGGUN DI FESTIVAL FILEM CANNES 2023
Karpet merah Festival Filem Cannes menampilkan momen fesyen tiada tandingan tahun demi tahun.
Festival Filem Cannes tahun ini akan mempersembahkan tayangan projek terbaharu daripada sutradara tersohor termasuk Wes Anderson, Todd Haynes dan Martin Scorsese. Tidak lupa juga penampilan glamor daripada selebriti yang terlibat dalam filem-filem yang ditayangkan. Ini termasuk Margot Robbie, Scarlett Johansson, Julianne Moore dan Tilda Swinton. Beberapa bintang anyatabangsa turut hadir dalam persalinan serba mewah antaranya Eita Nagayama, Simona Tabasco dan Manuel Rios.