MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI
Baru-baru ini jenama wangian mewah, Akro melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur dengan membawa koleksi kontroversinya untuk pilihan lelaki di Malaysia.

Akro kini di bawah AMARIS Kuala Lumpur membawakan jenama wangian lelaki yang segar dan inovatif pembuatan. Dari baunya hinggalah label setiap koleksi semuanya unik dan bakal cetus kontroversi. Antara koleksi yang menjadi bualan hangat seperti HAZE, SMOKE, AWAKE, DARK, NIGHT, MALT dan INK. Setiap minyak wangi Akro mencetuskan keghairahan tersendiri kerana baunya sangat intensif! Paling kontroversi adalah aroma yang berinspirasikan ganja menerusi koleksi HAZE. Nota segar clary sage dan absinthe bakal buat aroma badan anda segar.

Pakar wangian Olivier Cresp yang juga pemilik bersama Akro merupakan individu penting memastikan setiap wangian Akro punya identiti berbeza. Dia juga pernah melakar sejarah dengan mencipta wangian ikonik seperti Angel untuk Thierry Mugler, Light Blue untuk Dolce & Gabbana dan banyak lagi. Sepanjang kariernya bergelar pakar wangian, Akro adalah paling mencetus momen peribadi terhadap dirinya. Sebanyak 9 bauan luar biasa tercetus sehingga berjaya mencipta intipati hebat seperti rumpai laut, wiski dan hazelnut
Temubual eksklusif bersama Olivier Cresp
Apakah maksud disebalik AKRO?
Akro bermaksud Addict. Ketagihan terhadap aroma atau sesuatu perkara. Seperti contoh anda ketagihan dengan coklat sehinggakan tidak boleh henti. Addiction! Akro itu addiction buat sesiapa yang gemarkan aroma intensif seperti ini.
Jika anda boleh huraikan dalam 3 perkataan mengenao Akro, apakah ia?
Berbeza, daring dan unik! Setiap koleksi di Akro punya kelebihan berbeza dan wangian yang unik. Anda tidak akan menemuinya di mana-mana!
Mengapa anda tidak menggunakan ramuan yang sama di setiap koleksi Akro?
I don’t try to mix the ingredients everywhere! Kerana di Akro saya mencipta sesuatu yang berlainan. Jika satu wangian hanya tertumpu dengan nota yang anda. Dan cara penggunaanya saya tidak menggalakkan anda untuk membuat layering dua wangian berbeza. Sudah cukup jika satu aroma untuk sekali pemakaian.
Artikel berkaitan GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.











