5 BINTANG HOLLYWOOD MENCARI JODOH MELALUI APLIKASI CINTA
[/tps_header]
Demi Lovato
Menerusi satu wawancara bersama Harper’s Bazaar pada Mei 2020, penyanyi ini berkata dia disekat daripada aplikasi Raya setelah memadam akaun lamanya. “Saya padam akaun demi menghormati teman lelaki ketika itu, namun kemudian kami berpisah dan saya cuba untuk kembali aktif di Raya. Namun bila dapat tahu akaun disekat, saya terfikir, ‘Tak mengapalah. Saya tak perlukannya kerana rasanya saya perlu bersendirian sekarang ini,” ujarnya.

Foto: Getty Images
Siapa sangka, selebriti Hollywood juga sama nasibnya seperti sesetengah daripada kita yang sukar mencari cinta di alam nyata.
Justeru tidak hairanlah jika ada antara bintang terkenal yang memilih untuk mencari pasangan menerusi atas talian atau aplikasi janji temu seperti Raya, Tinder dan Match.com. Usaha lima selebriti ini ada yang membuahkan hasil, tetapi ada juga yang tidak berjaya memandangkan mereka masih memegang status solo sehingga kini.
Klik untuk mengetahui siapakah artis Hollywood yang menggunakan aplikasi cinta untuk mencari pasangan hidup.