15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
Game. Set. Match!
Kejohanan tenis yang paling berprestij, Wimbledon 2023 sedang berlangsung di All England Lawn Tennis and Croquet Club dalam menaruhkan trofi Grand Slam ketiga untuk tahun ini. Seperti edisi sebelum ini, barisan selebriti dan atlet ternama akan hadir menyaksikan dalam gaya off-court terbaik mereka. David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki dan atlet yang mencuri perhatian dengan gaya off-court yang klasik dan penuh gentleman.
Wimbledon terkenal sebagai kejohanan sukan yang penuh dengan tradisi. Para atlet profesional dari seluruh dunia yang bertanding akan menyarungkan padanan serba putih. Tetamu jemputan yang hadir pula akan menggayakan kod pemakaian musim panas yang chic. Pemain tenis juga membuat statement fesyen tahun ini, terutamanya pemain muda Itali, Jannik Sinner.
Pemain tenis professional Itali yang baharu berusia 21 tahun itu telah mencuri perhatian dengan menggayakan beg ekskusif daripada Gucci. Jannik Sinner yang merupakan duta global untuk rumah fesyen Itali itu membawa beg monogram Gucci yang dihasilkan eksklusif untuk kejohanan Grand Slam ini. Dia kini bakal bertanding dalam peringkat semifinal menentang juara bertahan, Novak Djokovic.
Daripada David Beckham kepada Tom Hiddleston, berikut adalah 15 gaya selebriti lelaki terbaik di Wimbledon tahun ini:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema "Out of Office".
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
INI SEBAB KATY PERRY TAWAR GANJARAN SEKS KEPADA ORLANDO BLOOM
Katy Perry dedahkan dia tawar ganjaran seks kepada Orlando Bloom jika pelakon ini membantunya dalam menguruskan rumah tangga.
DARI MODEL KE AKTOR EMILY IN PARIS 4, KENALI PAUL FORMAN
Kemunculan Paul Forman menjadikan plot siri Emily in Paris lebih menarik. Siapakah wanita yang berjaya menambat hati Paul Forman?
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.