FOTO PUTERI KEDUA TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH & JULIANA EVANS MENCURI PERHATIAN
Lebih sebulan menimang cahaya mata kedua, Che Puan Juliana Evans akhirnya mendedahkan wajah comel puterinya buat tatapan peminat.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bekas pelakon dan pengacara itu berkongsi beberapa foto comel bayinya yang namanya masih belum didedahkan sehingga kini. Ia termasuk momen manis bersama bapanya, bapa mentua dan anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
“Sebulan setengah selepas melahirkan puteri kedua saya. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata membuatkan saya perlu melakukan berbilang tugas dalam satu masa. Tetapi menyaksikan anak membesar dengan lebih sihat setiap hari, ini mungkin pemandangan terbaik yang pernah saya lihat,” tulisnya.
Perkongsian itu mengundang keterujaan di kalangan rakan artis dan peminat. Puteri kedua Juliana Evans saling tidak tumpah seperti wajahnya, dan kecomelannya membuatkan ramai terpesona.
“Masya Allah cantiknya anak, muka you sangat”, “Yang ini mirip sangat dengan ibunya”, “Kecik-kecil lagi dah cantik”, “Alahai macam anak patung,” kongsi beberapa peminat di ruangan komen. Rakan artis Deborah Henry menulis, “So adorable” manakala Adeline Tsen memuji kecomelannya, “Babe so cute.”
Kelahiran Anak Kedua Tengku Shariffuddin Shah & Juliana Evans
Cahaya mata kedua Juliana Evans dilahirkan sekitar jam 8.26 pagi pada 17 Jun lalu pada tarikh istimewa iaitu ulang tahun kelahiran ke-35 suaminya, Tengku Shariffuddin Shah. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam perkongsian itu, dia turut memuat naik beberapa foto bayinya berserta video.
“Kelahiran adalah permulaan paling mendalam kepada kerohanian seorang wanita. Alhamdulillah, saya kini ibu kepada dua cahaya mata,” tulisnya.
Para peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada pasangan itu. Mereka mengumumkan berita kehamilan pada Mac lalu dengan berkongsi video ketika melakukan imbasan ultrabunyi berserta tanda pagar #22weekspregnant dan #secondtrimester.
Sekadar makluman, Juliana Evans mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Johor-Selangor itu pada 30 April 2017. Dua tahun berkahwin, mereka dikurniakan Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH & JULIANA EVANS DIKURNIA PUTERI KEDUA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA
Selepas hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Justin dan Hailey Bieber bakal memegang status baru tidak lama lagi.
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA
Shila Amzah selamat melahirkan anak keduanya menerusi kaedah pembedahan pada hari Khamis, 9 Mei 2024.
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Pasangan popular tanah air ini bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka tidak lama lagi.
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.