NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI
Perkahwinan pertama Noh Salleh Hujan bersama Mizz Nina menemui titik noktah selepas perkongsian hidup selama lebih sedekad.
Kini, Noh Salleh bakal membuka lembaran baru dan menempuh kehidupan berumah tangga sekali lagi dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.
Selepas empat bulan menjalin pertunangan, kad undangan perkahwinan pasangan itu sudah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan saudara mara. Penyanyi dan peguam itu memilih tarikh 23 September 2023 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Upacara akad nikah akan dilangsungkan pada sebelah pagi manakala majlis persandingan pula pada jam 8 malam hari yang sama. Majlis akan diadakan di sebuah dewan acara di Puchong, Selangor.
Noh Salleh Hujan Bertunang Secara Rahsia
Tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan berita pertunangan vokalis kumpulan Hujan yang tular di media sosial pada Mei lalu.
Noh Salleh dan Fatin Athira dilaporkan bertunang dalam majlis tertutup di kediaman wanita itu di Putra Heights Subang Jaya pada 6 Mei. Pada majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat itu, kedua-duanya tampil menggayakan persalinan serba hitam.
Menurut laporan Kosmo, ahli keluarga pemuzik itu datang dari Kuching, Sarawak membawa rombongan meminang sekali gus menghadiri rumah terbuka anjuran keluarga Fatin Athirah.
“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat. Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang, majlis pertunangan sudah selesai tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” jelas sumber terdekat.
Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dan kini bekerja sebagai peguam. Dia dikatakan mempunyai minat dalam bidang muzik selain boleh menyanyi dan bermain gitar.
Foto: Instagram/Faitullah Morni (TVS)
Pautan berkaitan: SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Pasangan popular tanah air ini bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka tidak lama lagi.
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Pelakon asal Singapura, Erwin Dawson kini sah bergelar suami kepada gadis idamannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah.