TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA
Rupanya benar orang berkata, usia hanyalah sekadar angka. Ibaratkan “aging like a fine wine”, selebriti-selebriti lelaki ini tidak dimamah usia bahkan tampak bertambah awet muda tahun demi tahun.
Siapa sahaja tidak ingatkan penampilan berkekalan walaupun usia kian meningkat. Bukan sahaja wajah mereka awet muda, bahkan mereka-mereka ini juga mempunyai daya tarikan karisma yang penuh enigma.
Kematangan mereka dalam melakar karya dengan penuh jaya buatkan selebriti-selebriti ini ikon yang melangkaui generasi. Kehadiran mereka bagaikan magnet, apa sahaja yang mereka lakukan pastinya menarik minat ramai.
7 SELEBRITI LELAKI LUAR NEGARA & TEMPATAN WAJAH AWET MUDA
Ayuh lihat senarai pilihan selebriti GLAM Lelaki yang kami rasa punyai penampilan yang tidak lapuk dek zaman.
1. CHRIS EVANS
Chris Evans, selebriti berkarisma dan berbakat yang terkenal dengan peranannya yang serba boleh, menawan penonton dengan appeal seksi dan daya tarikan yang tidak dapat dinafikan.
Sama seperti well-aged wine yang semakin kompleks dan diperhalusi dari semasa ke semasa, Chris Evans telah berkembang menjadi selebriti berpengalaman yang semakin mendalam seiring dengan berlalunya masa.
Dia dikatakan mengamal minuman kocak protein berasaskan whey yang rendah karbohidrat yang mengandungi sekitar 30g protein. Malah dia juga memberi tumpuan kepada makanan untuk jisim otot tanpa lemak termasuk protein tanpa lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, lemak sihat dan makanan tambahan.
2. ROSYAM NOR
Rosyam Nor, atau nama lengkapnya Datuk Seri Mohd. Roszaimi bin Abdul Rahman Nor, adalah seorang pelakon dan penerbit. Dia terkenal kerana keterlibatannya dalam industri hiburan Malaysia, terutama dalam perfileman dan drama di televisyen.
Datuk Rosyam Nor bukan hanya dikagumi kerana lakonannya yang hebat tetapi penampilannya yang sentiasa segar dan dilihat awet muda juga mendapat perhatian para peminatnya. Ramai yang ingin mengetahui apa rahsia pelakon lelaki yang terkenal ini mengekalkan kecergasan diri dan dilihat tidak dimamah usia.
Rosyam ketika pernah mengakui bahawa dia masih menjaga tubuh dan mementingkan kesihatannya supaya kelihatan awet muda. Salah satu tip daripada Rosyam Nor ialah mengambil khasiat daripada durian belanda. Dia menjadikan daun durian belanda sebagai teh dalam minuman selain makan buahnya.
3. CILLIAN MURPHY
Cillian Murphy merupakan selebriti yang sangat berbakat. Kariernya berkembang mekar malah kehadirannya seringkali memukau peminatnya di seluruh dunia.
Performance Cillian Murphy telah menjadi lebih bernuansa, mempamerkan kedalaman emosi dan pemahaman yang hanya datang dengan pengalaman. Matanya yang ekspresif dan ekspresinya yang halus namun dapat menarik peminatnya.
Dalam perbualan dengan The Radio Times pada 2022, Cillian bercakap tentang rutin senamannya untuk rancangan televisyen Peaky Blinders.
“Saya bukan seorang yang sangat menarik dari segi fizikal. Jadi, saya perlu makan banyak protein dan mengangkat banyak berat. Saya juga lakukan rutin separa asas yang merangkumi latihan teras, senaman callisthenics dan latihan bebanan,” katanya.
Dia gemar bersenam lima hari seminggu dan pergi mendaki jika berkelapangan.
4. BRONT PALARAE
Siapa tidak kenal, Bront Palarae yang merupakan seorang aktor terkenal dalam industri hiburan dan perfileman di Malaysia mahupun di Indonesia. Bront Palarae telah menceburi dalam pelbagai filem dan juga telah meraih penghargaan untuk karyanya.
Setakat ini, dari segi perubahan fizikal Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 ini pernah berjaya menurunkan berat badan untuk filem-filem lakonannya.
5. TOM CRUISE
Tom Cruise yang berusia 61 tahun, namun dia masih kelihatan seperti dirinya yang berusia 24 tahun dalam filem hit 1986, Top Gun. Dia mendedahkan sebab-sebab mengapa pelakon ini mempunyai fizikal yang masih awet muda dan dalam keadaan baik selama ini.
Rutin senaman Tom sebenarnya yang membantu mengekalkan bentuk badannya serta berasa muda. Ia terdiri daripada pelbagai rutin dan latihan yang berbeza. Tom menggunakan weight training dan kardio selama tiga hari. Itu adalah tugasnya untuk mengekalkan aktif dan menggunakan bentuk kecergasan lain pada dua hari yang lain.
6. FAIZAL HUSSEIN
Pelakon berusia 56 tahun ini terkenal di industri hiburan Malaysia sejak tahun 1982 apabila dia membintangi filem Senja Merah. Menurut Faizal, tidur yang cukup akan membuatkan dia lebih cergas dan fokus dengan kerja harian yang akan dilakukan.
Bahkan dia juga berpakaian seelok mungkin untuk dapat peminat-peminat baharu. Mungkin sebab inilah dia sentiasa nampak awet muda!
7. ROBERT DOWNEY JR.
Paling popular untuk peranannya sebagai Iron Man, Robert Downey Jr. terkenal dengan penampilan dan humornya yang menawan. Dia telah berkecimpung dalam kerjaya lakonan sejak dia berumur 5 tahun dan berjaya menempa nama hebat dalam industri lakonan.
Robert Jr mempunyai imej badan yang luar biasa dengan killer abs. Dia sangat mendalam tentang matlamat kecergasannya. Rutin senaman Robert Downey Jr. dibahagikan kepada 5 hari dalam seminggu di mana dia merangkumi latihan latihan kekuatan untuk bahagian bawah & atas badan, kardio, yoga dan seni mempertahankan diri.
Jenis senaman yang berbeza ini membantunya untuk kekal cergas dan mengekalkan imej badan yang kencang. Dia menghabiskan 70 hingga 90 minit secara religius di gim mempraktikkan senaman yang ketat lagi berfaedah.
5 Tips Untuk Kekal Wajah Awet Muda
Tipu jika anda kata anda tidak mahu nampak awet muda selama mana yang boleh. Sebenarnya hendak miliki wajah begini, tidak susah pun! Apa yang anda perlu lakukan adalah cuba tips berkesan ini:
1. Sunscreen
Sinaran matahari boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan bintik hitam, kedutan, kendur dan kanser kulit. Jadi langkah penting untuk menjaga kulit anda adalah dengan menggunakan krim pelindung matahari setiap hari.
2. Minum air secukupnya
Minum air dengan secukupnya setiap hari penting untuk kesihatan. Badan anda sebenarnya banyak bergantung kepada air untuk berfungsi. Tanpa air yang cukup, kulit menjadi lebih terdedah kepada gangguan kulit malah ini akan menyebabkan kedutan pramatang.
3. Senaman bantu wajah nampak awet muda
Jika anda melihat tip awet muda selebriti di atas, semuanya menyebut tentang senaman. Jadi untuk tampak sentiasa cergas, anda perlu kekal aktif secara fizikal. Kami mengesyorkan sekurang-kurangnya senaman fizikal intensiti sederhana setiap hari selama setengah jam. Ini akan membantu anda mengekalkan kekuatan, meningkatkan daya hidup, memperbaiki tidur dan juga akan meningkatkan kesihatan mental.
4. Makan makanan yang sihat dan seimbang
Diet yang seimbang perlu lengkap dengan protein, lemak baik serta karbohidrat. Cuba banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu anda kekal muda. Pemakanan yang sihat juga dapat mengelakkan anda mudah jatuh sakit.
5. Dapatkan tidur yang cukup
Memgamalkan tabiat tidur yang sihat seiring dengan usia anda boleh membantu memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti setiap malam. Anda disyorkan untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam.
Jadi, selebriti awet muda di atas yang manakah kegemaran anda sepanjang masa?
Artikel berkaitan: Stres? Tertekan? Cubalah senaman yoga!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI
Dalam dunia kecergasan, membina otot dan membakar lemak adalah dua matlamat utama yang sering menjadi tumpuan bagi lelaki.
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…