DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN
Apabila anda fikirkan kembali, bercukur sebenarnya memerlukan keberanian dalam diri. Bayangkan anda sekarang sedang meletakkan banyak kepercayaan pada alat yang anda gunakan dan ada pula kemungkinan yang besar jika bercukur dengan salah, ia boleh menyebabkan kegatalan, ketidakselesaan dan sakit.
Jadi betulkan orang kata bahawa beauty is pain tetapi penjagaan selepas mencukur juga perlu diambil berat. Jadi sebelum anda bercukur, ayuh selami do & don’ts yang anda wajib tahu.
DO’S & DON’TS BERCUKUR
Kami jangkakan anda sudahpun biasa lakukan rutin bercukur sebelum ini. Jadi di sini kami hanya huraikan tip penjagaan mudah bagi memastikan kulit anda tidak tumbuh ingrown hair, dijangkiti bakteria, tumbuh ruam atau kegatalan serta elak parut.
DO’S

1. Bercukur Pada Waktu Malam
Kalau boleh kita hendak elak ruam bercukur. Tahukah anda bahawa penyemburan deodoran pada kulit yang baru dicukur selalunya menjadi penyebab utama ruam ini?
Senang sahaja untuk elak masalah ini. Kami cadangkan untuk anda bercukur pada waktu malam. Ini kerana selepas itu, anda akan terus tidur. Semasa tidur, sel dalam badan akan diperbaharui dan diperbaiki. Malah jika anda tersalah cukur dan ada luka, ia akan memberikan masa untuk kulit untuk pulih sebelum anda memulakan hari baru.
2. Pilih Pisau Cukur Dengan Berbilang Bilah
Bulu di bawah lengan kita cenderung bertunas ke semua arah. Jadi kami cadangkan untuk anda memilih pisau cukur yang mempunyai tiga bilah dan bar lembapan fleksibel yang diperkaya dengan banyak bahan meluncur. Ini akan membantu pencukuran anda jadi lebih licin dan sutera hanya dalam satu stroke.
3. Exfoliate Sebelum dan Selepas
Walaupun bercukur itu sendiri adalah bentuk exfoliation yang cukup baik, anda harus sentiasa scrub wajah sebelum menggunakan pisau cukur. Sesi exfoliation pra-bercukur yang lembut untuk mengangkat sel-sel kulit mati ini bermakna kulit di permukaan segar dan sihat.
Sel-sel kulit mati juga boleh menyebabkan pisau menjadi tumpul sekaligus pencukuran tidak kemas. Jadi sebaik-baiknya bersihkan sebarang tompok kering dengan menggunakan scrub exfoliation pada betis, lutut, bawah lengan atau peha anda. Kemudian, bilas dengan bersih. Ia sekaligus juga boleh membantu pisau cukur anda tahan lebih lama.
Selepas bercukur anda juga perlu exfoliate kerana ini membantu membersihkan bulu-bulu yang tidak dicukur dengan kemas sebelum ini. Bahkan exfoliate juga bantu kurangkan ingrown hair.
DON’TS

1. Jangan Lupa Gel Cukur
Menggunakan gel pencukur menghasilkan lapisan pelindung di antara pisau cukur dan kulit anda untuk luncuran licin yang menghalang parut.
Gel pencukur yang mengandungi bahan utama seperti aloe vera untuk mengurangkan geseran untuk mengurangkan kemungkinan iritasi. Buih juga bertindak sebagai panduan untuk mengelak mengusap berlebihan.
2. Jangan Gunakan Pisau Cukur Yang Tumpul
Kami faham pisau cukur memakan kos, tetapi apabila anda sudah menggunakan pisau cukur berkali-kali, digalakkan untuk tukar secepat yang mungkin. Ini kerana apabila anda bercukur menggunakan bilah cukur yang tumpul, ini boleh menyebabkan anda terluka. Malah kemasan pencukuran juga tidak smooth dan anda boleh terkena razor burn.
3. Jangan Bercukur Di Bilik Mandi Yang Terlalu Panas
Ya memang kita digalakkan untuk bercukur menggunakan air suam kerana ini membantu melembutkan kulit selain membuka liang-liang pori agar pencukuran lebih mudah. Tetapi elak menggunakan air yang terlalu panas atau mendidih kerana ini akan menyebabkan kulit jadi tegang dan kering.
TIP TAMBAHAN BERCUKUR

Foto: Freepik
Dilarang meninggalkan pisau cukur di dalam bilik mandi. Sebaik-baiknya selepas anda telah selesai bercukur, anda harus keringkan pisau cukur anda dan simpan di tempat lain. Kenapa? Stim daripada air panas selepas mandi menyebabkan pisau cukur akan cepat berkarat dan tumpul.
Selain itu, anda digalakkan untuk menukar pisau sekerap yang mungkin. Ini kerana selepas anda bercukur, anda akan membuang sekali bulu dan sel kulit mati. Sangat tidak hygenic jika asyik guna pisau banyak kali!
Artikel berkaitan: Bulu Bawah Lengan, Perlu Cukur Atau Tidak?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











