KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ
Taylor Zakhar Perez, jejaka kacak berumur 31 tahun merupakan seorang pelakon, personaliti media sosial dan model yang kian hangat disebut di Internet.
Taylor menjadi terkenal selepas membintangi filem “The Kissing Booth 2” sebagai Marco Valentin. Perjalanan kariernya bermula di rumah opera, yang mana dia membuat persembahan di teater muzikal. Akhirnya membawanya untuk meneruskan kerjaya filem.
Bintang Hollywood itu pernah muncul dalam pelbagai filem dan rancangan sepanjang kariernya. Beberapa rancangan popular termasuk iCarly, Young & Hungry dan Skandal. Taylor juga membintangi siri terhad Embeds. Pada tahun 2022, Taylor membintangi siri komedi Minx dan dia bersedia untuk membintangi filem gaming comedy “1UP.”
KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ
Di sini, GLAM Lelaki akan mendedahkan beberapa perkara yang perlu diketahui tentang pelakon ini.
Taylor dilahirkan di Chicago pada 25 Disember 1991, tetapi dibesarkan di Chesterton, Indiana. Jejaka tampan itu menamatkan pendidikannya di Universiti Chicago. Dia bekerja sebagai pengurus restoran sebelum menjadi pelakon.
Dia membuat debutnya dalam lakonan dengan membintangi siri “Young and Hungry”. Dia juga memainkan peranan penting dalam rancangan N.B.C./Sony T.V. “Cruel Intentions” dan kemudian membintangi siri terhad “Embeds”.

Taylor menjadi terkenal pada tahun 2020 selepas memainkan watak dalam filem Netflix The Kissing Booth 2 sebagai Marco. Untuk bahagian itu, Taylor terpaksa mengambil kelas choreography dan gitar. Pada tahun berikutnya, dia kemudian muncul dalam sekuel filem yang sama, The Kissing Booth 3.
Fakta menarik tentang jejaka ini adalah Taylor merupakan seorang dermawan. Dia bekerjasama dengan Variant Malibu, sebuah syarikat teknologi 3D, untuk membuat topeng muka pada tahun 2020. Hasil daripada jualan itu disalurkan kepada organisasi amal di Chicago untuk membantu kanak-kanak, orang dewasa dan keluarga yang kurang upaya.

Taylor mempunyai ramai peminat wanita dan lelaki kerana penampilannya yang kacak. Bintang Hollywood itu mempunyai beberapa projek yang berjaya dibawa olehnya pada tahun 2022, termasuk komedi permainan “1Up” dan “Red, White & Royal Blue.”
Selain daripada kerjaya lakonannya, dia juga seorang perenang dan model profesional. Di samping itu, dia adalah pengguna media sosial yang aktif yang telah menarik pengikut yang ramai di platform popular seperti Instagram.
Mengapa Taylor menjadi the new internet crush masa kini? Dia mempunyai personaliti yang menarik dan mempunyai latar belakang muzik dalam kehidupan sebenar. Malah dia juga dibesarkan di Northwest Indiana dan memulakan perniagaan hiburan dengan melakukan teater muzikal serantau.
5 BEST FIT TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Foto: Instagram/Taylor Zakhar Perez
Look yang dashing ini daripada koleksi AW23 Daniel W. Fletcher yang berasal dari London dan terkenal dengan koleksi menswear mereka. Waistcoat yang digayakan oleh jejakan tampan itu adalah sebahagian daripada kolaborasi bersama Hunstman Savile Row.

Foto: Instagram/Taylor Zakhar Perez
“He is giving, he is serving” yang boleh GLAM Lelaki ungkap untuk look ini. Taylor menggayakan busana daripada Ferrari Style di Milan.

Foto: Instagram/Taylor Zakhar Perez
Ketibaannya di pameran Burberry sangat menarik perhatian peminatnya. Namun, pelakon ini melompat ke era Burberry sekarang dengan sepasang shell trouser dan sepasang rubberised wellies. Satu sentuhan!

Foto: Instagram/Taylor Zakhar Perez
Look yang digayakan olehnya daripada Givenchy dan Taylor Zakhar sentiasa kelihatan bergaya dalam outfit berwarna hitam.

Foto: Instagram/Taylor Zakhar Perez
Look yang kelihatan seperti sporty ini daripada AMI Alexandre Mattiussi yang berasal dari Paris dan dipadankan dengan sepasang seluar berwarna hijau.
Taylor Zakhar Perez telah berjaya dalam rancangan dan industri filem. Tetapi popularitinya meningkat selepas peranannya sebagai Marco dalam The Kissing Booth 2. Dia bukan sahaja kacak tetapi juga berbakat dan mampu memainkan pelbagai peranan.
Artikel berkaitan: Tips Untuk Memilih Dan Menggayakan Fesyen Oversized
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











