5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG
Sakit pinggang antara salah satu jenis sakit yang dialami oleh ramai orang di Malaysia
tidak kira sama ada anda tua ataupun muda.
Bahkan sakit pinggang juga boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira jantina. Kebanyakan mereka yang mengalami sakit ini pula bekerja di pejabat kerana duduk terlalu lama, atau melakukan pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal seperti mengangkat beban terlalu berat.
Jika dibiarkan terlalu lama, sakit pinggang boleh memberi kesan kepada kualiti hidup dan membuatkan kita cepat rasa letih dan moody.
5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG
Jika anda salah seorang yang sakit pinggang, anda perlu mengambil berat hal ini supaya ia tidak akan menyebabkan masalah yang lebih besar dan berhati-hati akan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Dengan itu, terdapat 5 senaman yang boleh dipraktikan untuk kurangkan sakit pinggang.

1. SENAMAN “TRUNK ROTATION.”
Senaman trunk rotation adalah jenis latihan yang dirancang untuk melibatkan rotasi tubuh anda terutama di bahagian tengah (trunk). Ini adalah gerakan yang berguna untuk meningkatkan kelenturan dan kekuatan di bahagian pinggang, pinggul, dan punggung anda.
Dengan itu,mulakan senaman dengan lakukan dalam posisi berbaring lurus. Kemudian, hulurkan tangan kanan ke arah kanan dan regangkan kaki kiri dengan lurus.
Setelah itu, bengkokkan lutut pada kaki kanan dan letakkan di sebelah kiri kaki kiri. Kekalkan posisi badan dan tarik lutut kaki kanan perlahan-lahan ke arah kiri. Tahan selama 20 saat pada setiap pengulangan.
2. SENAMAN REGANGAN “HAMSTRING”
Senaman regangan “hamstring” (otot paha belakang) adalah latihan peregangan yang dirancang untuk
meningkatkan kelenturan otot hamstring.
Otot hamstring adalah otot-otot yang berada di bahagian belakang paha anda, dan peregangan dapat membantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti badan anda.
Berikut adalah cara senaman yang boleh dipraktikan:
- Dalam posisi terbaring, regangkan kaki kanan dengan lurus.
- Angkat kaki kiri dan pegang kaki dengan kedua-dua belah tangan di bawah lutut.
- Tarik perlahan-lahan kaki ke arah badan anda.
- Tahan selama 30 saat dan ulang senaman ini sebanyak dua kali pada setiap kaki.
3. REGANGAN BADAN BELAKANG
Regangan badan belakang adalah latihan yang bertujuan untuk merenggangkan dan mengendurkan
otot-otot di bahagian belakang tubuh anda. Berikut ialah cara senaman boleh dipraktikan:
- Berdiri dengan jarak tiga ke empat langkah dari meja.
- Bengkokkan badan ke arah meja sebanyak 90 darjah.
- Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja dan pandang ke lantai.
- Kekalkan posisi ini selama 10 ke 15 saat
- Kemudian berdiri tegak dan dan bengkokkan badan ke kiri dan ke kanan.
4. SENAMAN REGANGAN “ILIOPSOAS”
Adakalanya mereka yang mempunyai sakit pinggang atau belakang mempunyai otot “iliopsoas” yang
ketat. Otot “Iliopsoas” berada dihadapan pangkal paha.
Mulakan senaman ini dengan:
- Tolak badan anda ke hadapan sedikit dan akan rasa tegang pada otot hadapan paha.
- Tahan selama 30 saat dan kembali pada posisi asal.
- Ulang senaman ini juga pada kaki kiri.
5. SENAMAN REGANGAN ‘GLUTES’/PUNGGUNG
Anda juga boleh mencuba senaman regangang glutes sekiranya sakit pinggang bertambah teruk. Ini caranya:
- Berbaring dengan kedua-dua kaki lurus.
- Kemudian angkat satu kaki ke arah anda dan tarik perlahan ke arah anda.
- Rasakan di bahagian belakang tempat duduk dan tulang belakang (punggung bawah).
- Tahan selama 20 saat setiap satu kaki.
Amalkan senaman ini dengan berterusan setiap pagi ataupun petang dan sekaligus dapat mengelak daripada sakit pinggang yang teruk. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?
Selamat mencuba.
Artikel berkaitan: 3 Rejim Pemangkin Kekuatan Tubuh Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.











