Skip to content

3 REJIM PEMANGKIN KEKUATAN TUBUH LELAKI

Kongsikan artikel ini

Tiga langkah untuk memangkin kekuatan tubuh dengan mencabarnya melakukan tekanan khas untuk bahagian atas badan. Bahagian kaki tetap menjadi kepentingan sebagai sistem bantuan utama melengkapkan rutin ini

 

untitled-session12687

  1. BARBELL OVERHEAD PRESS

Kunci untuk bahu mantap. Ia membina kekuatan otot khususnya di seluruh bahagian atas badan terutama bahu, belakang, triceps dan teras. Sudah tentu, latihan overhead press secara berdiri melibatkan seluruh tubuh badan. Ia memberi tekanan bermula daripada mengangkat barbell hingga melepasi atas kepala. Latihan ini membina dinding abdomen, menguatkan pinggang dan membina kestabilan melalui kaki. Walaupun overhead press agak mudah untuk dibayangkan, ia sebenarnya mempunyai daya angkat yang agak teknikal yang perlu didekati dengan bijak, diamalkan dan dikuasai.

untitled-session12709 untitled-session12714

  1. JUMP ROPE

Berbagai langkah untuk lakukannya. Kebiasaannya lompat tali seperti biasa. Namun, dengan 10 minit senaman ini dengan berbagai teknik lompatan mampu membakar 135 kalori secara pantas disamping itu mengukir bentuk pada dada, lengan, kaki dan bahu anda.

Menurut para peneliti di Jepun, lelaki yang melakukan lompat tali sebanyak 3 set berhasil mengekang nafsu makan mereka, terutama untuk makanan berlemak.  Lebih besar dibandingkan mereka yang melakukan kardio pada mesin basikal di gim. Yang seronoknya, efek positif tersebut bertahan selama 15 minit bahkan selepas latihan. Gerakan melompat menyebabkan rasa lelah dan tidak selesa di otot. Perasaan tidak selesa tersebut menyingkirkan keinginan anda untuk makan. 

untitled-session12768

  1. TRICEPS EXTENSION

Kebiasaannya dilakukan bersama bench, tetapi Matin menunjukkan cara lain dengan hanya menjarakkan kaki ke depan dan kebelakang secara bent sambil menahan dinding. Lebih terasa impak tekanan daripada triceps dan kaki. Ingat! Kunci siku dan bahagian yang dibenarkan bergerak hanya lengan. Lakukan 3 set dengan 10 pengulangan.

 

BINA KEKUATAN OTOT ANDA DI SINI;

FUEL ATHLETICS
Alamat:
No 3, Pinggiran Setia Budi
Pusat Komuniti, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2095 6500
Instagram: @fuelathletics
Website: www.fuelathletics.com.my

Arahan Seni, Teks & Penyelaras: Ryan Mohamad
Gambar: Raisa Azzam
Grooming: Lily Othman
Model: Matin Fayzal
Lokasi: Fuel Athletics, Pusat Komuniti Damansara
Pakaian: Lululemon Malaysia

By RYAN MOHAMAD
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
3 SEBAB MENGAPA ANDA GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI

3 SEBAB MENGAPA LELAKI GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut
mencukur

DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN

Bacaan Lanjut
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

Bacaan Lanjut