Skip to content

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Kongsikan artikel ini

Pameran Grand Prix D’horlogrie De Geneve upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tangan disampaikan oleh The Hour Glass.

Menjelang pengumuman pemenang Anugerah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) tahunan pada 9 November di Théâtre du Léman di Geneva, Switzerland. 84 daripada 90 jam tangan yang dinominasikan untuk upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tangan yang telah dipamerkan di Kuala Lumpur.

Satu-satunya hentian di Asia Tenggara, pameran ini dianjurkan oleh pengeksport jam tangan pakar terkemuka iaitu The Hour Glass di Pavilion Kuala Lumpur bermula dari 5 hingga 8 Oktober 2023.

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGRIE DE GENEVE 2023

Pameran Grand Prix D'horlogrie De Geneve upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tangan

Jam tangan dari 14 daripada 15 kategori anugerah tersebut memberikan peminat gambaran tentang kemuncak pembuatan jam tangan kontemporari.GPHG merupakan sebuah organisasi dan platform unik yang menghormati inovasi, reka bentuk, dan kemahiran dalam pembuatan jam tangan.

Dengan memilih Kuala Lumpur sebagai jelajah ini, kerana pembuatan jam semakin meningkat bagi bandar ini .

“Ini selaras dengan misi The Hour Glass untuk memajukan budaya jam tangan.Sekaligus dapat memberikan komuniti peminat dapat akses kepada beberapa jam tangan yang paling luar biasa dalam generasi kami,” kata Encik Michael Tay, Pengarah Urusan Kumpulan The Hour Glass.

Pameran Grand Prix D'horlogrie De Geneve upacara anugerah yang dikenali sebagai Oscar dalam dunia pembuatan jam tanganAcara pelancaran pada 4 Oktober melihat ahli media dan peminat jam tangan dari pelbagai bidang minat mengunjungi pameran. Dihadiri oleh ahli pasukan The Hour Glass dari beberapa pejabat serantau dan Valerie Boscat dari Foundation of the Grand Prix d’Horlogerie de Genève.

The Hour Glass mengadakan siri bengkel sepanjang tempoh henti pameran berkelana ini di Kuala Lumpur termasuk bengkel menarik tentang fotografi jam tangan. Ssepanjang hujung minggu, kanak-kanak juga dapat menyertai bengkel jam mekanikal DIY atau bergabung dengan Hublot untuk sesi mewarna.

Malaysia adalah destinasi ketiga dalam lawatan seluruh dunia selepas Hong Kong dan Macau. Bandar lain yang menjadi tuan rumah pameran berkelana ini termasuk New York, Geneva, dan Dubai sebelum berakhir di Zurich.

Artikel Berkaitan: 5 TIP PEMILIHAN JAM TANGAN UNTUK LELAKI

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

Bacaan Lanjut

AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026

AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026

Bacaan Lanjut
BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut