Skip to content

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

Kongsikan artikel ini

Spekulasi tentang peneraju filem James Bond masih belum terhenti dan kini peminat menjangka Aaron Taylor-Johnson bakal menjadi penyambung legasi 007.

Aaron Taylor-Johnson dilaporkan telah pun bertemu penerbit, Barbara Broccoli dan menjalani uji bakat secara rahsia termasuk menggunakan senjata ikonik James Bond. Sumber mendedahkan sesi itu berjalan dengan sangat baik.

“Aaron berada dalam senarai teratas. Dia berjaya membuatkan penerbit kagum sehingga diberi peluang mencuba babak aksi terkenal bersama pistol ikonik, seperti yang dilakukan semua aktor James Bond.

“Itu membawanya selangkah lebih dekat untuk menandatangani perjanjian sebagai Ejen 007. Penerbit benar-benar kagum dengan mutu lakonan dan pengalamannya berlakon dalam filem aksi hebat,” jelas satu sumber kepada The Sun.

Ini fakta mengenai Aaron Taylor-Johnson yang dijangka menggantikan tempat Daniel Craig dalam filem James Bond akan datang

 

Terlibat Dalam Industri Hiburan Sejak Kecil

Pelakon teater, televisyen dan filem ini dilahirkan di Buckinghamshire, United Kingdom pada tahun 1990. Berketurunan Yahudi Inggeris-Rusia, dia mempunyai seorang kakak bernama Gemma Johnson yang turut berlakon bersamanya dalam filem Tom & Thomas pada 2002.

Aktor ini menceburi dunia lakonan seawal usia enam tahun dalam pementasan Macbeth pada 1999 dan All My Sons setahun kemudian.

Aaron Taylor-Johnson

Shanghai Knights. Foto: Pinterest

Sejak itu dia ditawarkan pelbagai watak dalam filem termasuk Shanghai Knights (2003) bersama Jackie Chan dan Owen Wilson serta The Illusionist (2006) di samping Edward Norton dan Jessica Biel.

Namanya meniti di bibir peminat setelah menggalas watak Robbie dalam drama komedi remaja Angus, Thongs and Perfect Snoggings (2008).

Membintangi Barisan Filem Popular

Dari semasa ke semasa, Aaron Taylor-Johnson mula ditawarkan peranan lebih besar. Dia menggalas watak utama dalam filem terkenal seperti Kick-Ass (2010) bersama Chloë Grace Moretz dan Chatroom (2010) di samping Imogen Poots. Tidak lupa juga filem Savages (2012) bersama tiga pelakon hebat – Blake Lively, Salma Hayek dan John Travolta.

Savages. Foto: Francois Duhamel/Universal Pictures

Aktor berusia 33 tahun ini turut membintangi Avengers: Age of Ultron (2015), Tenet (2020), The King’s Man (2021) dan terkini Bullet Train di samping Brad Pitt dan Joey King. Filem terbaharunya iaitu The Fall Guy, Kraven The Hunter dan Nosferatu bakal ditayang di layar perak pada tahun hadapan.

Merupakan Model Calvin Klein

Dengan wajah tampan dan susuk sasa, tidak menghairankan apabila dia dipilih untuk membintangi kempen Musim Bunga 2023 jenama mewah Calvin Klein.

Salah satu kejutan menggembirakan yang ditonjolkan dalam video kempen itu adalah kemahiran menarinya, sama seperti yang dilakukannya dalam video muzik Black Rain nyanyian Rhye.

Foto: Instagram

Sudah Pun Berkahwin Dan Memiliki Cahaya Mata

Aaron Taylor-Johnson dan pengarah Sam Taylor-Johnson merupakan salah satu pasangan Hollywood yang mempunyai jurang usia ketara.

Dengan perbezaan usia 23 tahun, mereka mencetus kontroversi pada masa lalu disebabkan hal itu. Ketika bertemu buat kali pertama, aktor itu baru berusia 18 tahun manakala Sam Taylor-Johnson berumur 42 tahun.

Ketika itu Aaron Taylor-Johnson sedang menjalani uji bakat untuk filem biopik John Lennon berjudul Nowhere Boy, filem arahan isterinya. Sebaik sahaja tamat penggambaran, aktor itu melamar pada 2009 dan mereka menimang anak sulung setahun kemudian.

Foto: Instagram

Pasangan itu kini memiliki dua cahaya mata iaitu Wylda Rae, 13 dan Romy Hero, 11. Sam Taylor-Johnson mempunyai dua lagi anak perempuan; Angelica Mara, 26 dan Jessie Phoenix, 18 hasil perkahwinan terdahulu. Dia kini berusia 56 tahun.

Bergaul Rapat Dengan Selebriti Kelas-A Hollywood

Memandangkan dia sentiasa berlakon dalam filem hebat di samping barisan pelakon terkenal sejak kecil, tidak menghairankan apabila dia sering dilihat bersama selebriti berprofil tinggi dan menghadiri acara berprestij.

Merakam swafoto dengan Brad Pitt dan Chris Hemsworth, melepak bersama Margot Robbie, juga menghadiri acara dengan Dev Patel. Dia juga sering dirakam berada di barisan hadapan pertunjukan fesyen.

aaron taylor-johnson

Foto: Instagram

 

Foto: Ben Weller/Mr Porter

Pautan berkaitan: DANIEL CRAIG DIKURNIA PENGHORMATAN DIRAJA SEPERTI WATAK IKONIKNYA, JAMES BOND

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut
AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

Bacaan Lanjut
DANIEL CRAIG DIKURNIA PENGHORMATAN DIRAJA SEPERTI WATAK IKONIKNYA, JAMES BOND

DANIEL CRAIG DIKURNIA PENGHORMATAN DIRAJA SEPERTI WATAK IKONIKNYA, JAMES BOND

Bacaan Lanjut
PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

SELEPAS DANIEL CRAIG, ‘THE NEXT 007’ BERJAYA DIKENAL PASTI?

Bacaan Lanjut