“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
Bagi tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Daripada fesyen kepada hiburan, mereka merupakan “Our Heroes”. Kami menampilkan Tomok yang mengukir nama dan mencipta kejayaan dalam bidang muzik. Dia memulakan karier sebagai tonggak utama kumpulan New Boyz, malah dia juga kini bergerak sebagai penyanyi solo dan komposer.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
IKUTI TEMU BUAL EKSLUSIF BERSAMA TOMOK BERSEMPENA DENGAN GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023:

Baju panas dan jaket, Moschino
1. APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI ANDA?
Saya baru sahaja selesai konsert New Boyz di Singapura yang mana persembahan menghiburkan dan full house itu diadakan di Star Theatre. Sekarang saya terlibat sebagai salah seorang peserta dalam rancangan hiburan All Stars Gegar Vaganza (GV 10).
2. TEMA ALPHAMEN 2023 ADALAH ‘OUR HEROES’. APAKAH MAKSUD HERO BUAT ANDA? DAN SIAPAKAH HERO YANG BANYAK MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA ANDA?
Hero adalah seorang yang memberi nyawa, menjaga keselamatan saya, dan memberi inspirasi dalam kehidupan dan karier saya dan orangnya adalah arwah ayah saya, Ismail bin Salim.
3. APAKAH DEFINISI ALPHAMEN BUAT ANDA?
Seorang lelaki yang aktif dan bergaya serta berjaya dalam kehidupan, keluarga dan kerjaya.
4. APAKAH INTIPATI MASKULINITI DALAM DUNIA MODEN HARI INI?
Keperibadian dan sifat seorang lelaki yang perkasa sentiasa mengikuti arus peredaran zaman.
5. STIGMA MENGENAI LELAKI YANG PERLU DIUBAH?
EGO.
6. BAGAIMANA TOMOK BERMULA DI DALAM INDUSTRI HIBURAN?
Bermula pada tahun 1999 bersama kumpulan New Boyz (ketika itu saya seawal usia 15 tahun). Album pertama New Boyz dengan mempertaruhkan lagu Sejarah Mungkin Berulang.
7. KONGSIKAN MOMEN TERBAIK ANDA BERSAMA NEW BOYZ? DAN APAKAH PERANCANGAN NEW BOYZ UNTUK TAHUN HADAPAN MERAIKAN ULANG TAHUN KE-25?
Bagi saya momen yang terbaik adalah apabila dapat menggabungkan anggota New Boyz pada konsert di Kuaala Lumpur pada Feb 2023 dan Singapura pada Sept 2023. Malah konsert ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat-peminat setia New Boyz.
Sempena ulang tahun yg ke-25, sudah pastinya saya merancang untuk mengadakan konsert yang berprestij dengan menggabungkan semua ahli anggota-anggota yang lama dan yang baru bagi mengimbau kembali nostalgia lama dan menghargai peminat-peminat yang tak pernah jemu-jemu menyokong New Boyz dan menantikan konsert ini.
8. KONGSIKAN MOMEN YANG PALING DIINGATI DAN MUNGKIN MEMBERIKAN PENGAJARAN KEPADA ANDA?
Sebagai anak seni sudah pasti ada jatuh dan bangun mengikut peredaran zaman. Namunbagi saya sendiri, saya tidak pernah mengalah dan sentiasa cuba dan berusaha untuk meletakkan diri saya di dalam industri sebaris dengan artis-artis generasi baru.
9. APAKAH PENCAPAIAN TERBAIK ANDA SEBAGAI ANAK SENI?
Dengan menjuarai beberapa pertandingan antaranya One in a Million” yang secara tidak langsung menaikkan kembali nama saya dan seterusnya melangkah dengan lebih jauh. Tak kurang juga dengan kekalahan dalam pertandingan namun itu semua tidak mematahkan semangat perjuangan saya sebagai anak seni. Saya akan terus berusaha lagi dan lagi.
10. APAKAH LAGU KEGEMARAN TOMOK UNTUK PERFORM SECARA LANGSUNG?
Lagu-lagu daripada SLAM dan lagu-lagu Allahyarham P RAMLEE.
11. NASIHAT TOMOK KEPADA GENERASI BAHARU YANG MAHU MENCEBURI DUNIA HIBURAN NEGARA?
Nasihat saya kepada generasi baru agar mereka jangan mudah leka dan lalai dengan segala impian yang indah di luar sana. Dan jangan mudah berputus asa dengan setiap kegagalan. Sentiasa menghormati dan mensyukuri setiap apa yang dimiliki.
12. WHAT’S NEXT BUAT TOMOK?
Single terbaru saya dan konsert New Boyz yang ke-25.
PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)
Baca lebih lanjut: “SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI
Akmal Hizzat selalu mereka ‘content’ bersama isterinya, Fatin Noraishah. GLAM Lelaki cuba mengenali Akmal Hizzat dengan lebih dekat.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.