“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tony Eusoff sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul mewarnai persada seni lakonan di Malaysia.
Bagi edisi Alphamen 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada hiburan, mereka merupakan “Our Heroes”. Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tony Eusoff sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul mewarnai persada seni lakonan di Malaysia.
“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL DAN STRUGGLE UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023
Ikuti temu bual ekslusif bersama Tony Eusoff bersempena dengan GLAM Lelaki Alphamen 2023:
1. Apakah perkembangan terkini anda?
Baharu-baharu ini, saya sedang sibuk mempromosikan filem MALBATT: Misi Bakara melalui roadshow yang diadakan pada setiap hujung minggu sejak sebulan yang lalu.
2. Tema GLAM Lelaki Alphamen 2023 adalah ‘Our Heroes’. Apakah maksud hero buat anda? Dan siapakah hero yang banyak memberikan inspirasi kepada anda?
Hero adalah seorang yang telah banyak berusaha dan berkorban demi kebaikan semua. Hero saya agak ramai, termasuklah ibu saya. Namun kalau harus dipetik seorang lagi selain ahli keluarga, maka ia sudah tentulah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
3. Apakah definisi ‘Alphamen’ buat anda?
Seorang lelaki kontemporari yang mempunyai jati diri yang kukuh, sifat bertanggungjawab, bijak dan sentiasa peka terhadap persekitarannya.
4. Apakah intipati maskuliniti dalam dunia moden hari ini?
Dalam dunia sekarang tafsiran maskuliniti mungkin sudah berubah sedikit. Dimana dahulu maskuliniti ini lebih membawa maksud kejantanan, kini maskuliniti lebih memihak kepada cara pembawakan lelaki yang bertamadun dan sofistikated. Keterampilan seseorang lelaki itu ditentukan oleh nilai diri dan citarasa individualistik.
Lelaki yang maskulin juga seorang yang ‘gentleman’ – tahu mengambil hati tapi juga tegas dalam pendirian. Dalam erti kata lain, lelaki yang maskulin harus mempunyai sesuatu keseimbangan dalam dirinya, bukan sahaja bersifat ‘kejantanan’ semata-mata, tapi selesa apabila perlu menangani sesuatu situasi secara halus.
5. Stigma mengenai lelaki yang perlu diubah?
‘Lelaki nampak lemah/lembut apabila melakukan atau terlibat dalam aktiviti yang lazim dilakukan oleh kaum wanita’. Tanggapan ini sudah makin lapuk, ketinggalan zaman.
6. Bagaimana anda bermula sebagai seorang anak seni?
Secara kebetulan dan tidak sengaja apabila dipelawa untuk menguji bakat sebagai model untuk iklan televisyen. Berjinak dengan suasana penggambaran iklan, saya mula berminat pula dalam bidang lakonan. Saya menerima tawaran lakonan pertama saya dalam drama siri “Astana Idaman 2” pada usia 27 tahun.
7. Apakah pencapaian terbaik anda sebagai seorang pelakon setakat ini?
Sebagai salah seorang barisan pelakon dalam filem “MALBATT: Misi Bakara”. Ini merupakan penglibatan pertama saya dalam sebuah filem yang boleh dikategorikan sebagai filem pecah panggung atau box office.
8. Tony sudah membintangi pelbagai jenis genre filem dan drama. Apakah watak atau genre yang anda mahu cuba selepas ini?
Saya masih kurang mendapat peluang untuk genre komedi sedangkan ia antara genre kegemaran saya. Saya masih sedang mencuba dan telah pun menyuarakan hasrat ini kepada beberapa orang penerbit dan pengarah kenalan saya. Mudah-mudahan niat untuk berlakon lebih banyak watak komedi akan membuahkan hasil nanti.
9. Apakah nasihat yang anda mahu kongsi kepada generasi baharu yang mahu menceburi bidang lakonan di Malaysia?
Sebenarnya saya pun masih terkial-kial dan struggle untuk kekal relevan dalam industri, lebih-lebih lagi dalam dunia media dan hiburan yang semakin laju evolusinya. Tapi kalau masih juga ditanyakan nasihat, saya akan tekankan disini bahawa minat adalah paling penting.
Bidang lakonan ini sangat susah sebenarnya. Saingan pun kian meningkat disebabkan sosial media. Kalau dipertimbangkan dengan terperinci, keuntungan pun tidak bebaloi dengan usaha dan pengorbanan yang dicurah kadang-kadang. Tetapi dengan adanya minat ataupun passion, ia mampu menjadi motivasi untuk kita mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam mengejar impian.
10. What’s next for Tony Eusoff?
Sekarang saya dalam rundingan untuk berlakon dalam satu filem yang mempunyai unsur kenegaraan, dan sebuah lagi drama siri berbentuk ‘thriller’ untuk negara jiran. Cuma saya belum boleh dedahkan lagi projek-projek tersebut ketika ini. Apa yang saya boleh bagitahu sekarang ialah sebuah drama siri adaptasi K-drama yang akan dihidangkan melalui saluran streaming, Viu di sekitar bulan November tahun ini.
Nantikan ‘W: Two Worlds’, lakonan saya bersama barisan nama-nama handal seperti Faizal Hussein, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Shahkimin, Amerul Affendi, Azrul Zaidi dan ramai lagi.
PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)
Baca lebih lanjut: “GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING
Bersempena edisi melabuh tirai bagi tahun 2024, GLAM Lelaki menampilkan dua nama yang semakin mencuri perhatian peminat di Malaysia. Mereka adalah pelakon, Amir Ahnaf (24) dan model serta pelakon baharu, Sky Iskandar (30).
KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK
Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2025: Koleksi berani dan androgynous yang menggabungkan keanggunan urban dan semangat muda.
NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!
Untuk edisi digital April 2024, GLAM Lelaki menampilkan bintang muda penuh bakat, Nadhir Nasar yang terus menyinarkan bakatnya di hadapan dan belakang lensa kamera. Eksklusif kali ini menampilkan Top Model Malaysia, Atikah Karim yang juga menggayakan koleksi Coach untuk musim Spring/Summer 2024.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.
MOLLETY™, KASUT PLATFORM INTERPRETASI BAHARU ONITSUKA TIGER
New Arrivals! Himpunan MOLLETY™ yang terkini di Onitsuka Tiger membawa inovasi terkini buat rekaan kasut platform.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.