Skip to content

“GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Roberto Guiati sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar kulinari cita rasa Itali di Malaysia.

Bagi edisi Alphamen 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki mempersembahkan Roberto Guiati sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar kulinari cita rasa Itali di Malaysia.

GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023

 

IKUTI TEMU BUAL EKSLUSIF BERSAMA ROBERTO GUIATI BERSEMPENA DENGAN GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023:

Roberto guiati

Jam tangan dan beg bimbit kulit, MONTBLANC. Jaket blazer,kemeja polo dan seluar khaki, SACOOR BROTHERS

1. Apakah perkembangan terkni anda?

Dalam perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan, kami akan membuka dua buah outlet Roberto baharu tidak lama lagi. Tetapi, saya masih belum boleh berkongsi lebih setakat ini.

 

2. Tema Alphamen 2023 adalah “Our Heroes”. Apakah definisi seorang hero buat anda?

Saya percaya terdapat banyak hero yang layak dijadikan inspirasi. Pada saya, seorang hero itu mempunyai keberanian untuk mengejar cita-cita mereka. Dalam masa yang sama masih berusaha untuk menjaga orang yang tercinta, dan memberikan semangat kepada orang disekeliling dalam perjalanan mereka untuk mencapai impian. I’m lucky to know great heroes.

 

3. Apakah definisi Alphamen kepada anda?

Seorang ketua! Seseorang Alphamen dapat menonjolkan intergriti yang tinggi dalam memberikan inspirasi kepada orang disekeliling.

 

Roberto Guiati

Jaket dan seluar, FENDI

 

4. Bagaimana anda mendefinisikan maskuliniti dalam dunia moden hari ini?

Seorang yang mempunyai visi dan keyakinan untuk menegakkan prinsip diri, without compromising them to please others.

 

5. Apakah stigma mengenai lelaki yang anda mahu ubah?

Pendapat yang mendiskriminasikan bagaimana seorang lelaki itu harus kelihatan atau berkelakuan sepanjang masa. No one knows what battle others may be facing.

 

6. Boleh kongsikan bagaimana anda bermula dalam bisnes kulinari di Malaysia?

Walaupun awalnya saya mempunyai latar kerjaya dalam industri petroleum dan gas, saya sentiasa bercita-cita memiliki sebuah restoran sendiri di mana saya boleh menjamu rakan-rakan, klien dan menikmati keenakan cita rasa Itali sebenar.

Di Itali, saya telah dibesarkan dalam persekitaran seperti itu dan ia menjadi sebahagian daripada warisan kami. Abang saya juga merupakan seorang pemilik restoran dan ia memberikan banyak inspirasi kepada saya. Hari ini, saya sudah mempunyai empat buah restoran dan akan terus berkembang. Saya jatuh cinta dengan bisnes ini. Anda tidak akan tahu siapa yang akan melangkah pintu restoran anda.

 

7. Pada pendapat anda, apakah makanan kegemaran anda di Malaysia?

Sukar untuk memilih, setiap makanan mempunyai keunikan tersendiri. Jika saya perlu memilih, saya sangat suka makanan North Indian. Tetapi ia bergantung kepada mood saya!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

8. Kongsikan resipi untuk menjalakan bisnes kulinari yang kerjaya?

I don’t think there are magic rules. Ia adalah bisnes personal yang bergantung kepada semangat anda, ia merefleksikan siapa diri anda. Apa yang boleh saya katakan sebelum memulakan sesuatu bisnes anda perlu mempunyai satu visi, walaupun ia tidak terjangkau oleh orang lain. Mula dengan visual dan terus mara untuk mencapainya. It’s a 24/7 job tetapi jika betul-betul minat anda akan menghargainya setiap saat nanti.

 

9. Satu nasihat buat generasi muda yang mahu memulakan bisnes sendiri?

Seperti yang saya kongsi, anda perlu mempunyai minat, keinginan, energi, dan paling utama disiplin untuk melakukannya siang ke malam. Permulaannya pasti sukar tetapi ia adalah sebuah pengembaraan kehidupan dan sangat berharga. Good things take time, don’t believe in short gain.

 

10. Apakah harapan anda buat industri kulinari di Malaysia?

Sudah bertapak selama 16 tahun di sini, saya boleh katakan pengetahuan mengenai seni kulinari terutamanya cita rasa Itali sudah bertambah baik. Permintaan untuk menikmati hidangan yang berkualiti telah memberikan anjakan kepada pengusaha restoran untuk memberikan yang terbaik.

Thanks to this drive, I’ve seen, over the years, huge improvements in the local supply chain, I believe this will never stop. I just hope that customers will always keep looking for quality and authenticity.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)

 

Baca lebih lanjut: “TRUE HEROISM ADALAH MEMBERI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.” – BETO KUSYAIRY #GLALPHAMEN2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut
Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut