Skip to content

MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

Kongsikan artikel ini

Kad Krismas Putera William, Puteri Kate Middleton dan keluarga kecil mereka sentiasa kelihatan sempurna, terutama pada 2022.

Tahun lalu sempena menyambut kadatangan Hari Natal, Putera William berkongsi fotonya bersama isteri dan anak-anak bersiar di taman, kesemuanya dalam persalinan kasual serba biru. Mesej yang disampaikan melalui koordinasi warna adalah jelas: Mereka adalah sebuah unit keluarga yang bersatu.

Beberapa bulan kemudian, kerabat Wales memuat naik sekeping foto sempena ulang tahun kelahiran kelima Putera Louis. Menyarung baju sejuk Fair Isle rona biru, putera bongsu itu kelihatan gembira dalam kereta sorong yang ditolak ibunya.

Foto: Millie Pilkington

Selepas beberapa bulan, ketika sambutan hari lahir kelapan Puteri Charlotte, Putera William dan Kate Middleton berkongsi foto puteri tunggal mereka dalam dalam gaun putih dihiasi bunga biru. Putera George turut merakam foto kenangan di Windsor sambil menggayakan kemeja kotak berwarna biru kelasi-putih.

Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang baharu. Warna biru telah lama menjadi pilihan keluarga kecil Wales. Sebagai contoh pada 2021, ketiga-tiga putera dan puteri itu menyarung persalinan biru untuk potret hari lahir tahunan mereka. Begitu juga tahun 2022 buat Putera George dan Puteri Charlotte.

Putera William & Isteri Hantar Mesej Tersembunyi

Sukar untuk melihat keluarga ini memakai warna lain selain biru, seolah-olah ia adalah peraturan, bukan pilihan. Apakah sebabnya?

Kerabat Wales adalah ‘masters of optics’. Oleh kerana tidak boleh bercakap mengenai isu politik, mereka menyampaikan mesej halus melalui ekspresi wajah atau pemakaian. Contohnya pada Hari Peringatan, mereka menggayakan persalinan serba hitam bersama bunga popi merah.

Semasa lawatan ke Pusat Kebudayaan Ukraine di London tidak lama selepas serangan Rusia ke atas negara itu, Kate Middleton memakai pakaian warna biru bendera Ukraine sebagai tanda sokongan. Justeru pemilihan warna biru untuk foto keluarga mereka pastinya bukan satu kebetulan.

putera william kate middleton

Foto: GC Images

“Kerabat Diraja sentiasa menyedari mesej yang dihantar menerusi pakaian mereka. Sebahagian besar daripada peranan awam mereka adalah untuk dilihat — seperti yang sering dikatakan Ratu Elizabeth II.

“Sebelum diberitahu kerja apa yang mereka lakukan, tujuan amal apa yang mereka sokong, atau acara apa yang mereka hadiri, lihat apa yang mereka pakai. Dari situ kita boleh tahu,” ujar Elizabeth Holmes, pengarang HRH: So Many Thoughts on Royal Style.

Apa Sebabnya Mereka Tertarik Dengan Biru Secara Khususnya?

Teori warna asas mencadangkan ia adalah warna yang mewakili ketenangan dan tanggungjawab. Buat penjawat awam yang ingin melahirkan bakal penjawat awam, langkah seperti itu tidak syak lagi amat menarik dari segi estetika.

Tambahan, monarki adalah tentang kesinambungan yang stabil. Terdapat juga fakta bahawa ia adalah sebahagian daripada Union Jack: Memakai warna biru secara halus menunjukkan semangat patriotisme.

Foto: Getty Images

Elizabeth Holmes menambah, biru secara khususnya adalah warna signature Kate Middlton. “Untuk foto rasmi pertamanya sebagai bakal pengantin, dia menyarung gaun biru untuk dipadankan dengan cincin pertunangan nilam-berlian milik Puteri Diana. Sejak itu dia telah menggayakan setiap tona biru daripada rona lembut, pucat kepada biru kelasi.”

Jadi sememangnya pilihan warna kegemaran mereka yang dipakai secara berulang-ulang ini bukanlah kebetulan, tetapi dirancang dengan rapi.

 

Foto: Matt Porteous/PA Media

Pautan berkaitan: MENGAPA KATE MIDDLETON DIGELAR ‘SATU-SATUNYA HARAPAN’ KERABAT BRITAIN?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

Bacaan Lanjut
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

Bacaan Lanjut
6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA

6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA

Bacaan Lanjut