Skip to content

CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

Kongsikan artikel ini

Percintaan Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.

Beberapa sumber mengesahkan Channing melamar teman wanitanya baru-baru ini selepas dua tahun menjalin hubungan romantis. Mereka mula dikaitkan bersama pada Ogos 2021.

Hujung minggu lalu pasangan itu dirakam menghadiri parti Halloween menggayakan tema filem seram Rosemary’s Baby (1968). Zoe muncul sebagai Rosemary Woodhouse manakala Channing pula sebagai anaknya.

Aktres Batman itu memberi petunjuk pertunangannya dengan menyarung sebentuk cincin berlian di jari manis.

Channing Tatum Zoe Kravitz

Foto: Backgrid

Pertemuan Pertama Channing Tatum dan Zoe Kravitz

Pasangan ini berkenalan ketika proses uji bakat filem pertama arahan Zoe, Pussy Island pada 2020.

“Saya amat bersyukur kerana filem ini membawanya ke dalam hidup saya,” katanya kepada majalah WSJ pada Ogos 2022.

Foto: Splashnews

Aktres berusia 34 tahun itu turut memuji pasangannya dalam temu bual bersama GQ tahun lalu, menyifatkannya sebagai ‘manusia luar biasa’.

“Dia selalu membuatkan saya ketawa. Kami berdua amat meminati seni dan sering bercakap mengenainya. Kami suka menonton filem bersama dan berkongsi pendapat dari sudut kreatif serta mencabar idea satu sama lain.”

Channing dan Zoe sama-sama pernah melalui pengalaman berumah tangga. Anak kepada penyanyi Lenny Kravitz itu bergelar isteri kepada aktor Karl Gusman dari 2019 hingga 2021.

Pelakon berusia 43 tahun itu pula pernah berkahwin dengan aktres dan penari Jenna Dewan dari 2009 hingga 2019. Hasil 10 tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Everly.

Foto: Page Six

 

Foto: Page Six

Pautan berkaitan: SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut