5 TIP KEBERSIHAN LELAKI SEBELUM FIRST DATE
Kebersihan adalah sangat penting dalam persediaan untuk sebarang interaksi sosial. Kebersihan diri yang sewajarnya tidak hanya memastikan anda memberi kesan baik kepada first date lelaki, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Akhirnya, anda mendapatkan peluang untuk keluar dating dengan teman yang anda minati. Sebelum terlalu teruja, anda perlu membuat persediaan sepenuhnya untuk first date tersebut dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Jangan risau, GLAM Lelaki menyediakan beberapa tip untuk anda ikuti sebelum melangkah keluar ke first date nanti. Perlu ingat, kebersihan bukan sahaja akan memberikan kesan positif kepada perhubungan sosial, tetapi juga dapat menyumbang kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan diri anda secara keseluruhan.
Berikut adalah 5 tip kebersihan lelaki sebelum janji first date nanti:
1. RANCANG OUTFIT ANDA
Pilihan seluar yang bersih, kemeja berbutang atas, dan kasut sniker yang lebih formal adalah kombinasi yang sesuai untuk makan malam yang lebih santai. Jika anda datang terus dari pejabat, pastikan anda mempunyai kemeja lengan panjang tambahan atau kemeja berbutang atas supaya anda tetap kelihatan kemas selepas seharian bekerja.
2. TRIM JAMBANG ATAU MISAI
Setiap lelaki pasti bangga akan adanya jambang atau misai yang akan membuat merasa lebih ‘jantan’ dan macho. Jangan risau, anda tidak perlu mencukur semuanya. Cukup dengan merapikan jambang atau misai anda supaya tidak terlalu lebat. Matlamatnya adalah untuk membuat garis rahang anda kelihatan lebih tegas dan menarik.
3. PASTIKAN RAMBUT ANDA MEMBERIKAN KESAN POSITIF
Wanita juga menghargai lelaki yang tahu menjaga penampilan fizikal mereka. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan untuk berusaha meningkatkan penampilan anda. Tiada cara yang lebih baik untuk melakukan ini melainkan pergi ke kedai gunting rambut atau salon kegemaran anda untuk pemotongan pantas. Ini menunjukkan bahawa anda mempunyai segalanya dalam kawalan, dan memberi perhatian yang mencukupi kepada janji temu pertama anda dengan usaha yang diberikan.
4. POTONG KUKU ANDA
Pastikan hanya memendekkan dan membersihkan kuku anda. Wanita mengambil perhatian kepada butiran yang paling kecil, dan kuku yang terjaga dengan baik adalah salah satu perkara yang akan segera memberikan isyarat bahawa anda adalah jenis lelaki yang bersih dan memberi perhatian kepada penampilan.
5. BERSIHKAN MUKA DAN SEGARKAN NAFAS ANDA
Usai selepas pulang dari pejabat, lantas ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Tiada wanita yang mahu seorang lelaki yang muka kelihatan berminyak dan letih. Gigi yang bersih dan nafas yang segar adalah perkara yang wajib, sama ada anda akan berpeluang untuk menciumnya menjelang akhir malam atau tidak.
Menjaga kebersihan adalah perkara yang penting untuk dititi beratkan oleh lelaki. Ramai lelaki gagal dalam temu janji pertama kerana tidak menjaga kebersihan asas yang membuatkan ramai perempuan turn off. Memiliki rutin kebersihan yang penuh teliti akan membuatkan penampilan lelaki lebih maskulin. Gaya hidup anda juga akan berubah setelah mengikut tip yang kongsikan ini.
Artikel Berkaitan: 5 KESILAPAN GROOMING LELAKI YANG DISENGAJAKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023
Dari filem “Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves” kepada siri popular “Sex Education: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang September 2023.
ALASAN LELAKI LEBIH SUKA JUAL MAHAL?
Benarkah lelaki lebih suka jual mahal? Ini antara sebab mengapa mereka bersikap begitu.
MITOS BAU BADAN MATTHEW MCCONAUGHEY AKHIRNYA TERBONGKAR
Bintang Magic Mike ini mengejutkan peminat beberapa tahun lalu apabila membuat pengakuan tidak pernah memakai deodoran sepanjang hidupnya.
SELEPAS ASHTON KUTCHER AKUI JARANG MANDI, DWAYNE JOHNSON PULA DEDAH RUTIN KEBERSIHAN DIRI
Tabiat mandi selebriti menjadi topik perbualan hangat di Hollywood kebelakangan ini.
AHLI BTS, V DITUDUH TIDAK PANDAI MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Kemasyhuran dan kecantikan tidak selalunya menjamin seseorang selebriti itu bijak menjaga kebersihan.