ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Hubungan lima tahun bintang Inggeris, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse nampaknya memasuki fasa baharu.
Pasangan itu dilaporkan bakal bergelar ibu bapa selepas foto Robert Pattinson dan teman wanitanya dengan tubuh berisi dirakam paparazi. Ini sekali gus mengesahkan spekulasi kehamilan Suki Waterhouse yang hangat dibicarakan minggu lalu.
Kelibat aktor The Batman dan pasangannya yang juga aktres, penyanyi serta model itu tular di media sosial baru-baru ini. Foto tersebut dirakam ketika kedua-dua bintang asal London itu melakukan aktiviti mendaki di Los Angeles pada 10 November.

Foto: YouTube
Dalam foto itu, Robert Pattinson dilihat menyarung kemeja-T biru bersama ves utiliti dan celana hitam. Suki Waterhouse pula menggayakan baju singkat kelabu dan seluar ketat rona hitam.
Percintaan Robert Pattinson & Suki Waterhouse
Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada 2018, setahun selepas bintang Twilight itu berpisah dengan penyanyi-penulis lagu, FKA Twigs. Mereka dirakam meluangkan masa dengan satu sama lain di London pada bulan Julai.
Pada Disember 2022, mereka membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah pertunjukan Dior Fall 2023 Menswear Collection di Great Pyramid of Giza, Mesir.
Di Instagram, Suki Waterhouse memuat naik dua foto polaroid dirinya di acara tersebut berserta kapsyen, “Saya tidak akan sesekali melupakan pertunjukan ini, di bawah kerdipan bintang dan di hadapan Piramid Giza, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.”

Foto: Sportskeeda
Keduanya turut merakam kenangan bersama di acara tersebut. Mereka dilihat berpegangan tangan dan tertawa riang dalam kebanyakan foto.
Pasangan ini pernah dirakam di sebuah parti Dior pada 2020 tetapi memilih untuk berjalan berasingan di karpet merah untuk merahsiakan perhubungan mereka.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BAGAIMANA ROBERT PATTINSON BINA OTOT KEKAR UNTUK WATAK BATMAN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENGENAI AKTOR THE HUNGER GAMES: THE BALLAD OF SONGBIRDS & SNAKES, TOM BLYTH
Dalam prekuel The Hunger Games, Tom Blyth menjayakan watak Coriolanus Snow ketika muda, sebelum dia menjadi presiden Panem yang zalim.
7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON
Sophie Turner nampaknya telah pun memulakan hidup baru selepas dirakam berkucup mesra dengan jejaka berdarah bangsawan di Paris.
LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA
Pasangan popular Korea, Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan pelakon dan pengarah Pussy Island, Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU
Ayuh imbas kembali detik fesyen power couple Hollywood, Victoria dan David Beckham dari lewat 90-an sehingga kini.
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN
Ini 10 gaya berpasangan terbaik George Clooney dan Amal Alamuddin di acara berprestij sejak lapan tahun lalu.