Skip to content

5 AKTOR & AKTRES TERKENAL BERSUARA MERDU

5 AKTOR & AKTRES TERKENAL BERSUARA MERDU

Kongsikan artikel ini

Dalam industri hiburan global, ramai aktor dan aktres mampu menyanyi dengan baik apabila diberi peluang.

Kita terbiasa membuat andaian bahawa pelakon hanya berbakat dalam satu bidang sahaja iaitu lakonan. Begitu juga dengan penyanyi, penari dan sebagainya. Namun dari semasa ke semasa mereka mula menonjolkan bakat terpendam yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum.

GL bariskan beberapa aktor dan aktres popular yang berbakat besar dalam bidang nyanyian

 

Emma Stone

Foto: Getty Images

Walaupun Stone pernah menyanyi sekilas lalu dalam Easy A, bakat sebenarnya hanya disedari peminat melalui filem La La Land. Ketika ditanya sewaktu wawancara bersama W adakah dia gemuruh kerana perlu menyanyi dalam filem, dia menjawab, “Ada juga perasaan gemuruh, namun saya rasa sudah bersedia sepenuhnya, memandangkan sebelum itu saya beraksi dalam pertunjukan broadway Cabaret lapan kali seminggu.”

 

Robert Pattinson

Robert Pattinson

Foto: Getty Images

Seorang lagi selebriti yang berbakat besar dalam bidang muzik, bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah menulis lagu, bermain piano juga gitar. Dia juga tidak asing lagi dengan album runut bunyi. Pattinson menyanyikan dua runut bunyi untuk Twilight dan tiga lagu untuk filem How to Be yang ditayangkan pada 2008.

Dalam satu wawancara bersama Los Angeles Times, Pattinson ditanya adakah dia merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu selain runut bunyi untuk filem. Tanpa berfikir panjang dia menjawab, “Muzik adalah pelan kedua jika kerjaya saya dalam bidang lakonan gagal. Saya tidak mahu nanti ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’”

 

Scarlett Johansson

Foto: Getty Images

Satu perkara yang tidak diketahui ramai mengenai Johansson adalah, selain bergelar pelakon dia juga mempunyai kerjaya dalam bidang muzik. Pada 2008 dia melancarkan album pertamanya, Anywhere I Lay My Head. Tahun berikutnya pelakon ini melancarkan album kolaborasi, Break Up bersama penyanyi Pete Yorn.

Dia juga merupakan ahli kumpulan penyanyi wanita yang dikenali sebagai The Singles. Nama Johannson juga tidak asing dengan lagu dalam filem – dia pernah menyanyi dalam filem muzikal animasi, Sing pada 2016 di mana dia turut meminjamkan suara untuk watak Ash, si landak.

 

Bradley Cooper

Foto: Getty Images

Pada 2017, Bradley menjadi pengarah dan pelakon gandingan dalam filem A Star Is Born di samping Lady Gaga dan semua muzik dirakam secara langsung atas permintaan Gaga sendiri. Cooper membuat pendedahan mengenai perkara ini dalam wawancara bersama Vulture.

“Dari awal lagi Gaga sudah katakan: Untuk mendapatkan persembahan paling jujur dari dalam diri saya, semuanya bergantung kepada kamu. Dan saya akan pastikan kamu menjadi pemuzik, kerana kita akan menyanyi secara langsung dari awal hingga akhir filem.’ Saya sangat terkejut,” jelasnya. Ya, peminat juga terkejut mendengar nyanyian pelakon itu buat kali pertama!

 

Zooey Deschanel

Foto: Getty Images

Menyanyi dalam filem seperti Yes Man, The New Guy dan Elf bukanlah kemuncak kerjayanya dalam bidang muzik. Ramai tidak mengetahui bahawa Deschanel merupakan ahli duo, She & Him. Album sulung mereka berjudul Volume One dilancarkan pada 2008 dan sehingga kini kumpulan itu telah menerbitkan enam album.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

Bacaan Lanjut
TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut