FESYEN BINTANG GLOBAL TERNAMA DI RED SEA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL 2023
Red Sea International Film Festival (RedSeaIFF) sudah pun bermula pada 30 November lalu di Jeddah, Arab Saudi dan bakal berlangsung sehingga 9 Disember.
Ia dirasmikan dengan tayangan perdana filem romantis fantasi HWJN arahan Yasir Al Yasiri di Opening Night Gala pada hari Khamis, 30 Disember. Karpet merah acara pembukaan Red Sea International Film Festival dimeriahkan dengan kehadiran Will Smith, Johnny Depp, Joel Kinnaman, Ranveer Singh, Burak Özçivit dan ramai lagi.
Juri yang dilantik untuk festival tahun ini diketuai oleh Baz Luhrmann dan juri The Red Sea: Features termasuk Joel Kinnaman, Freida Pinto, Amina Khalil dan Paz Vega. Pertandingan The Red Sea: Shorts akan diadili oleh Hana Alomair, Assaad Bouab dan Fatih Akin.
Malam Festival Awards akan ditutup dengan tayangan Ferrari, filem biopik Michael Mann yang dibintangi Adam Driver dan Penelope Cruz. Filem terbaharu pengarah Hayao Miyazaki, The Boy and the Heron pula akan ditayangkan sebagai Public Closing Film.
Red Sea International Film Festival Turut Merai Women In Cinema
Demi menyanjungi suara wanita dalam filem, Red Sea International Film Festival dan Vanity Fair Europe menganjurkan majlis makan malam Women In Cinema ke-5 pada 1 Disember yang dihadiri barisan selebriti global.
Gala ini memberi fokus pada pencapaian wanita di hadapan dan belakang kamera yang membentuk industri perfileman serta memberi inspirasi kepada bakat generasi baharu di Arab Saudi, Afrika dan India.
Ia turut memberi penghormatan kepada ikon skrin pertama Mesir, Nabila Ebeid. Barisan tetamu ternama termasuk Sharon Stone, Michelle Williams, Zoe Saldana, Maiwenn, Diane Kruger, Michelle Rodriguez, Naomi Campbell dan ramai lagi.
Tinjau gaya bintang terkenal di karpet merah Red Sea International Film Festival

Ranveer Singh di tayangan HWJN
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(665x0:667x2)/johnny-depp-red-sea-113023-588eff36c0184080bb5600288995f85f.jpg)
Ranveer Singh di tayangan HWJN
Will Smith di tayangan HWJN

Ed Westwick di tayangan HWJN

Burak Özçivit di tayangan HWJN
Sharon Stone di tayangan HWJN

Hande Erçel di tayangan HWJN

Joel Kinnaman di tayangan HWJN

Johnny Depp di tayangan Jeanne Du Barry

Maiwenn di tayangan Jeanne Du Barry

Zoe Saldana di tayangan The Absence Of Eden
Naomi Campbell menggayakan persalinan Rizman Ruzaini di tayangan The Absence Of Eden
Selebriti ternama yang menyerikan gala Women In Cinema

Katrina Kaif, Michelle Rodriguez dan Sharon Stone

Freida Pinto

Garrett Hedlund

Michelle Williams dan Zoe Saldana

Diane Kruger

Amy Jackson and Ed Westwick
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 10 GAYA PELAKON WONKA DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











