GAYA FESYEN YANG BOLEH CUBA UNTUK KELIHATAN SEPERTI JACOB ELORDI
Kretiviti Jacob Elordi untuk mencampurkan siluet maskulin dan feminin dengan mudah adalah bahagian penting dalam penampilannya. Dia tidak asing dengan blaus sutera dan beg silang yang menggabungkan dengan sempurna kasut-kasut maskulin dan siluet pakaian kerja yang lebih kasual.
Di tempat lain, Jacob Elordi suka menggayakan fesyennya dengan simple. Sepasang seluar yang dipadankan dan jumper pullover dapat digayakan dengan sempurna oleh Jacob dan sudah menjadi fesyen statement rutin seharian beliau.
GAYA FESYEN YANG BOLEH ANDA CUBA UNTUK KELIHATAN SEPERTI JACOB ELORDI:
Ini adalah antara gaya fesyen yang digayakan oleh Jacob Elordi yang menarik perhatian GLAM Lelaki.
1. TOPI VINTAGE DAN SNEAKER

Sama ada berjalan-jalan di NYC atau hanya keluar sekitar kota, anda tidak akan melihat Jacob tanpa topi gaya vintage yang sudah menjadi trademark dan sepasang kasut sniker. Bintang Aussie ini telah dilihat menggayakan topi New York Yankees dan Boston Red Socks.
Dia juga merupakan sneakerhead. Dia dilihat memakai hampir segala-galanya daripada kasut Celine hingga adidas dan Nike. Namun, obsesi kasut terbaru Jacob adalah daripada jenama Itali, Golden Goose. Jenama Itali terkenal dengan penggunaan buttery Italian leather, lambang bintang ikonik dan reka bentuk kotor yang ironisnya.
2. T-SHIRT BERSAIZ BESAR

You can never go wrong with a classic oversized t-shirt! Ia sangat mudah digayakan dan effortless. Jacob dilihat bersiar sekitar dengan t-shirt grafik bersaiz besar seperti t-shirt Harley Davidson vintage. T-shirt bersaiz besar putih, dia dengan mudah memadankannya dengan chinos bercorak, seluar sut klasik, seluar jeans dan juga dalam sepasang Patagonia atau Nike seluar pendek. Jelas sekali bahawa Jacob tahu apa yang dia lakukan apabila ia berkaitan dengan pakaian santai.
3. BOLD PRINT & BOLD COLOUR

Bintang asal Australia ini menggunakan helaian klasik sebagai asas dan kemudian menambah statement piece. Dia menggunakan helaian klasik seperti seluar jeans denim, Dickies 874s dan seluar pendek. Kemudian mencampurkannya dengan bold print atau warna yang menyerlah untuk menjadikannya lebih memukau.
Seperti ketika dia keluar makan malam dengan model, Kaia Gerber. Jacob berpakaian kasual, tetapi masih berjaya membuat statement berani dengan butang Hawaii berbunga-bunga yang dimasukkan ke dalam seluar jeans denim dan beberapa cincin, gelang dan boot coklat. Dia menggayakan bold statement apabila memakai sweatshirt biru terang.
4. BEG & SCARVES

Jacob menggemari beg yang bagus dan stylish. Dia dilihat memakainya ke acara fesyen, pantai dan juga hanya bersiar-siar di sekitar bandar. Jacob menggunakan beg daripada Celine, Baguette dan House’s Robin bersama-sama dengan bumbags Patagonia. Seiring dengan gayanya pada beg, Jacob telah menjadi peminat scarves. Dia telah memakai variasi scavers dengan warna atau corak yang berbeza.
Artikel berkaitan: 5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











