Skip to content

budak flat

5 FAKTA MENARIK TENTANG BUDAK FLAT, FILEM AMAZON ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

“Budak Flat” merupakan filem Amazon Original Malaysia pertama di Prime Video dengan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda dan Datuk Aaron Aziz.

Mencipta sejarah sebagai filem pertama Amazon Original pertama di Prime Video, “Budak Flat” diterbitkan oleh Skop Productions bersama Syafiq Yusof selaku penasihat, dan diarahkan bersama oleh Eugene Lim, Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak. Ia dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Datuk Aaron Aziz.

budak flat

Filem ini sarat dengan konflik, aksi pertarungan yang mendebarkan serta pergolakan emosi yang pasti membuatkan penonton tidak senang duduk. “Budak Flat” sudah boleh disaksikan secara eksklusif di Malaysia dan 24 negara lain di Asia bermula 16 November 2023.

 

Berikut adalah 5 fakta yang anda mungkin tidak tahun mengenai filem Amazon Original berjudul “Budak Flat” di Prime Video:

1. Kemunculan sulung Eugene Lim – Diilhamkan oleh kisah sebenar

prime video Malaysia

Menandakan arahan sulung Eugene Lim, Budak Flat merupakan naratif fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah benar yang dialami sendiri oleh beliau. Bertahun-tahun membesar dalam suasana flat dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, Eugene memanfaatkan pengalaman peribadinya dengan menerapkan elemen realiti ke dalam karya fiksyen ini.

Sebagai penasihat filem Budak Flat, Syafiq Yusof didorong untuk memberi gambaran sebenar cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur. Disamping memberi kebebasan kepada pengarah Eugene Eugene untuk menyampaikan komentar sosial tentang budaya rumah pangsa, Syafiq Yusof memanfaatkan pemahaman Eugene membesar dalam persekitaran sedemikian secara langsung bagi memastikan gambaran suasana sebenar dapat disampaikan.

2. Lokasi Ikonik: Flat San Peng

flat san Peng

Dibina pada tahun 1972, rumah pangsa yang umumnya dikenali sebagai Flat San Peng atau Flat Sri Selangor ini telah menjadi simbol ketahanan. Setiap malam, ahli persatuan penduduk yang berdedikasi akan membuat rondaan dan bersungguh-sungguh menjaga keselamatan di kawasan perumahan tersebut.

Pada tahun 1990-an, nama “San Peng” di Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng. Walau bagaimanapun, kawasan ini telah mengalami banyak pembangunan yang ketara dan kini muncul sebagai komuniti yang lebih selamat, lantas menghilangkan reputasinya yang dahulu. Semasa penggambaran Budak Flat berlangsung, penduduk Flat San Peng telah memberikan layanan yang luar biasa untuk memastikan kesejahteraan pelakon dan para kru sepanjang penggambaran dilakukan.

 

Baca lebih lanjut: 10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

 

3. Penggambaran berlangsung dalam bulan Ramadan!

budak flat

Satu kelainan mengejutkan berlaku apabila penggambaran filem penuh aksi ini dilakukan bertepatan dengan bulan Ramadan. Keputusan yang tidak dijangka itu telah menambah kesungguhan, terutamanya memandangkan adanya babak tertentu yang menuntut komitmen penuh pelakon dan kru untuk bekerja dari waktu senja hingga subuh. Dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pelakon dan kru penggambaran sepanjang tempoh ini wajar diiktiraf dan dipuji. Kudos di atas kerja berpasukan yang mantap dan kesungguhan mereka yang telah menghidupkan usaha sinematik ini!

4. Penceburan Balan Kash Dalam Dunia Lakonan: Bakat Luar Biasa Penyanyi Rap Terserlah

balan kash

Menceburkan diri dalam dunia lakonan, khususnya genre aksi, penyanyi rap ini tidak gentar menyahut cabaran untuk memainkan watak seorang gangster. Kedua-dua Pablo dan Zahiril, yang menitikberatkan keaslian dalam semua babak yang dilakonkan, secara peribadi telah memintanya untuk memberikan pukulan yang meyakinkan agar adegan pergaduhan kelihatan benar-benar meyakinkan. Hasilnya? Penyanyi rap ini bukan setakat berani menyahut cabaran, malah dia juga telah mempamerkan bakat lakonan semula jadi yang mengagumkan. Untuk merasakan impaknya, semua orang harus menyaksikannya sendiri!

5. Aksi Berani Mandy

budak flat

Mandy (Joyce Harn) telah mempamerkan aksi berani apabila dia secara sukarela terjun dari tingkat enam rumah pangsa tersebut. Ini membuktikan dedikasinya terhadap keaslian lakonan. Walaupun takut dengan ketinggian, Mandy dengan beraninya memilih untuk tidak menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri untuk babak khas ini. Lebih hebat lagi, Mandy bukan sahaja bersetuju untuk melakonkan sendiri lagak ngeri tersebut.  Malah melakonkannya berulang kali demi mendapatkan ‘shot’ yang sempurna.

Menariknya, babak itu, walaupun kelihatan seperti di tingkat enam, ia sebenarnya dilakonkan dari tingkat tiga, menjadikan lakonannya lebih mengagumkan.

 

Saksikan kehebatan filem aksi “Budak Flat” secara eksklusif melalui laman penstriman, Prime Video di sini.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
Death's Game Kdrama

DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

Bacaan Lanjut