THE LIL NAS X DROP: KOLABORASI ISTIMEWA LIL NAS X BERSAMA COACH
Sekali lagi, Coach bekerjasama dengan penyanyi rap terkenal, Lil Nas X untuk mempersembahkan koleksi kapsul istimewa yang diinspirasikan daripada ekspresi stail Y2K yang penuh energi.
Sebuah kolaborasi istimewa antara Coach dan Lil Nas X. Kali ini, Coach mempersembahkan “The Lil Nas X Drop” yang menampilkan koleksi yang direka oleh jenama Amerika Syarikat itu dan distailkan oleh penyanyi rap terkenal tersebut. Koleksi kapsul istimewa ini diinspirasikan daripada ekspresi stail Y2K peribadi milik duta Coach itu.

Kolaborasi ini menampilkan seleksi produk daripada koleski Winter 2023 yang menjadi pilihan dan distailkan sendiri oleh duta Coach tersebut. Untuk menghasilkan koleksi ini, Coach bekerjasama dengan Lil Nas X dengan melihat kepada gaya peribadi dan pemilihan warna untuk menterjemahkan vibe keseluruhan koleksi.
Pemilihan Warna-Warna Pop dan Grafik Inspirasi Lil Nas X
Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers kemudiannya bekerjasama dengan penyanyi itu untuk memilih dan mereka semula produk dan rekaan kesukaannya. Antaranya, kot shearling dalam warna-warna pop dan grafik yang diinspirasikan daripada produk merch konsert. Serta jaket varsity American yang personalized dengan lencana yang menampilkan simbol yang berkaitan dengan kehidupan Lil Nas X. Seperti kucing peliharaannya dan bintang zodiaknya, Aries.

Melalui koleksi Winter 2023, ia banyak bermain dengan motif Americana seperti jaket kulit dan jaket shearling bersama kemeja-t, baju panas dan beg. Ia dihidupakan dengan grafik asid remaja dan simbahan warna elektrik yang membiaskan budaya rave. Tidak dilupakan, cetak harimau bintang Bonnie Cashin daripada arkib yang dihembuskan dengan konsep hari ini.
“Koleksi musim sejuk ini diinspirasikan daripada kepercayaan saya tentang fesyen yang merupakan satu eksplorasi dan meraikan diri sendiri secara keseluruhan,” kata Stuart Vevers.

“Dalam menghasilkan koleksi ini, kami mengolah arkib Coach dan juga inspirasi hadir daripada hubungan antara muzik dan kehidupan malam milik Lil Nas X. Kami membawakan stail baharu yang pertama diperkenalkan di atas pentas peragaan musim lalu dengan menyuntik warna, tekstur dan grafik. Ini menghasilkan rekaan yang meraikan semnagat cinta kepada ekspresi diri yang individual dan autentik,” tambahnya.
Kempen Inspirasi Y2K Yang Ikonik
Kempen kali ini yang telah dilancarkan menampilkan seleksi imej dan video yang menggayakan koleksi kapsul ini. Ia menampilkan pemilihan koleksi dalam warna-warna bold yang dirakamkan dalam stail inspirasi Y2K. Untuk kempen ini juga, penyanyi itu turut berkolaborasi dalam arahan seni dan penggayaannya.

Koleksi ini akan mula didapati di semua stor Coach di seluruh negara pada 26 Disember 2023. Atau secara atas talian di https://malaysia.coach.com/
Baca lebih lanjut: 8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











