100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS
Meerqeen melakar sejarah sekali lagi apabila tercalon dalam senarai 100 Lelaki Terkacak 2023 atau 100 Most Handsome Faces of 2023.
Menerusi undian orang ramai dalam senarai yang dikeluarkan TC Candler dan The Independent Critics itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen berada pada kedudukan ke-62.
Aktor berusia 23 tahun ini mengatasi beberapa nama popular dunia seperti Jacob Elordi yang berada di posisi ke-97, Lionel Messi (92), Jason Derulo (88), Robert Pattinson (86), David Beckham (68), Jin BTS (67) dan Sam Heughan (64).
Tangga teratas tahun ini diungguli aktor Wonka, Timothee Chalamet yang telah tersenarai selama enam tahun. Henry Cavill dan penyanyi Hong Kong, Keung To masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga.
Anna Jobling Sertai Meerqeen
Pelakon gandingan Meerqeen dalam siri Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling turut tersenarai dalam 100 Wanita Tercantik 2023 buat dua tahun berturut-turut. Berada pada posisi ke-66, kedudukannya melonjak 18 anak tangga berbanding tahun lalu.
Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling ini menewaskan barisan wanita cantik dunia seperti Emilia Clarke yang berada di tangga ke-100, Lily Rose Depp (96), Lupita Nyong’o (95), Margot Robbie (90), Emma Watson (83) dan Ariana Grande (79).
Tempat pertama milik penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie. Diikuti dengan pempengaruh Uzbekistan, Dasha Taran dan penyanyi Jepun, Minatozaki Sana.
Senarai 100 Terkacak dan Tercantik itu dimulakan sejak 1990 di mana ia diiktiraf sebagai antara yang paling berprestij di dunia. Pencalonan dibuat berdasarkan undian dan komen yang dihantar peminat ke saluran YouTube rasmi TC Candler. Hanya 100 nama dipilih daripada 300,000 selebriti yang tercalon dari lebih 50 negara.
Foto: Esquire/YSL/Pinterest
Pautan berkaitan: MEERQEEN SEBARIS DENGAN LIAM HEMSWORTH & SONG JOONG KI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025
Senarai filem menarik bulan September yang wajib ditonton di pawagam! Dari aksi mendebarkan hingga kisah penuh emosi.
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Pada tahun 2025 ini, paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut yang menentukan aura mereka yang tersendiri.