Skip to content

ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI

Kongsikan artikel ini

Cincin sering kali dikaitkan dengan wanita namun tidak terkecuali buat lelaki. Bila bercakap mengenai cincin untuk lelaki, pastinya ia adalah cincin perkahwinan yang kebiasaannya menjadi statement bahawa si pemakai sudahpun berpunya mahupun berkeluarga.

Namun, ada juga pemakai yang memakai sekadar eksesori mahupun mengikut trend semata. But, what kind of rings are you wearing? If so, what style? What type of ring? Which finger?

Mesej dan simbolism

Realitinya, pemakaian cincin ibarat penghantaran sebuah mesej. Pemakaian cincin untuk lelaki bukan perkara baru. Ia sudahpun berlaku sejak beribu tahun lalu.

Mesej yang ingin disampaikan melalui pemakaian cincin juga tidak terbatas kepada status seseorang. Ia juga merangkumi kekayaan, komitmen, personaliti mahupun persatuan (kelab).

Kanan atau kiri?

cincin untuk lelaki

Foto: Pexels

Persoalan yang sering kali berbangkit sama juga seperti pemakaian jam tangan. Ingin disarung pada jari tangan kiri atau kanan? Is there any rule for it?

Tiada peraturan jelas sebenarnya namun ada dari tradisi suku kaum tertentu yang tegar dengan soal ini. Contohnya, kebanyakkan lelaki Amerika Syarikat memakai cincin perkahwinan mereka di jari manis tangan kiri mereka.

Namun, ramai berpendapat tangan kanan secara umumnya dilihat sebagai “fizikal” – aktif, dominan yang mengekori gerak isyarat badan anda. Tangan kiri pula dianggap sebagai tangan “mental”, yang mewakili watak dan kepercayaan anda.

Ingin percaya? Terpulang pada anda. Nasihat kami, don’t be afraid to go your own way.

Lima panduan pemakaian cincin untuk lelaki

  • Every rings send a massage. Ia secara automatik menghantarkan signal tertentu dari pemakai kepada yang melihat.
  • How confident are you? Itu persoalannya. Sekiranya anda tidak yakin mahu tidak jelas dengan niat anda untuk memakai cincin, abaikan saja. Jangan semata hanya untuk menunjuk dan bermegah sehingga membuatkan anda rimas nanti.
  • Ikut saiz jari anda. Sama jua seperti anda menyarungkan seluar. Pastikan jari anda betul-betul kena dengan saiz cincin yang ingin disarungkan.
  • Perlu bijak seimbangkan kan antara cincin dengan aksesori lain. Jangan pula anda memakai gelang, jam tangan dan cincin pada satu tangan yang sama. It looks crowded.
  • Kesepadanan logam antara cincin perlulah sama dengan kulit sang pemakai. Pilih cincin mengikut tona kulit.

Celeberiti lelaki yang terkenal dengan pemakaian cincin

May 4, 2011 - Hollywood, California, U.S. - Johnny Depp of the film ''Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides '' in Los Angeles, California on May 4, 2011 (Credit Image: © Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Studio)

Johhny Depp

Photo Must Be Credited ©Alpha Press 079965 02/07/2016 David Beckham at Wimbledon Tennis Championships 2016 in London

David Beckham

cincin untuk lelaki

Zayn Malik

May 11, 2016 - Cannes, France - Justin Timberlake attends the 'Cafe Society' premiere and the Opening Night Gala during the 69th annual Cannes Film Festival at the Palais des Festivals on May 11, 2016 in Cannes, France. (Credit Image: © Elyxandro Cegarra/ZUMA Wire/ZUMAPRESS.com)

Justin Timberlake

Teks Wan Mohd Firdaus

Pautan berkaitan: 5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

By GLAM LELAKI
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

Bacaan Lanjut

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut