FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH EMMY AWARDS 2023
Emmy Awards ke-75 berlangsung gilang-gemilang di Peacock Theater, Los Angeles pada 16 Januari.
Dihoskan oleh Anthony Anderson, ia memberi penghormatan kepada produksi dan persembahan terbaik dalam televisyen. Lazimnya diadakan pada bulan September, Emmy Awards 2023 ditangguhkan sehingga 16 Januari kerana mogok SAG-AFTRA di Hollywood.
Disebabkan itu senarai pencalonan diterajui rancangan popular pada 2023 termasuk Beef, Daisy Jones & the Six, The Last of Us dan Succession.
Di permaidani merah sebelum majlis berlangsung, senarai selebriti kelas-A tampil dalam fesyen memukau mata. Selain hitam, tona burgundy dilihat mendominasi karpet merah tahun ini.
Lihat gaya selebriti yang mencuri perhatian di Emmy Awards 2023
Jeremy Allen White tampil segak dalam sut putih Giorgio Armani yang dipadankan bersama celana dan tali leher kupu-kupu rona hitam.
Simona Tabasco berseri bagaikan musim bunga dalam gaun flora Marni.
Colman Domingo tiba di karpet merah dalam sut Louis Vuitton.
Jenna Ortega elegan dalam gaun jarang bersulam Dior Haute Couture.
Donald Glover menggayakan sut baldu berperincian bunga daripada Bode.
Jessica Chastain bagaikan dewi dalam gaun hijau neon Gucci dengan rumbai manik.
Tyler James Williams segak dalam sut kulit hitam Dolce & Gabbana yang dipadankan bersama kasut kulit hitam dan barang kemas berlian.
Selena Gomez mencuri perhatian di karpet merah Emmy Awards dalam gaun jarang berinspirasi botani rekaan Oscar de la Renta.
Joseph Lee menyarung sut serba kelabu bersama kemeja berkolar mandarin.
Ayo Edebiri menggayakan gaun bustier kulit daripada Louis Vuitton.
Anthony Anderson menyuntik eleman menyeronokkan pada gaya sut klasik dengan menyarung tuksedo Etro berperincian manik dan sulam motif bunga lili.
Taraji P. Henson memancarkan keanggunannya dalam gaun Atelier Versace rona ungu.
Sam Richardson memadankan blazer Grayscale rona kuning air bersama kemeja, celana dan kasut kulit berwarna hitam.
Rachel Brosnahan membawakan gothic glam ke karpet merah dengan menggayakan gaun Versace berstruktur.
Ketampanan Brett Goldstein terserlah dalam persalinan serba hitam Giorgio Armani.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 20 STAIL CRITICS CHOICE AWARDS TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EMMY AWARDS 2024: GAYA KARPET MERAH TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Karpet merah Emmy Awards ke-76 menyaksikan momen fesyen terhebat bintang Hollywood dalam persalinan segak dan bergaya.
SENARAI PENUH PENCALONAN & PEMENANG EMMY AWARDS 2024
Emmy Awards ke-76 memberi penghormatan kepada produksi dan persembahan terbaik dalam televisyen dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.
GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Sesi bertemu peminat dan tayangan perdana Borderlands di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE
New York City hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Marvel terbaru, Deadpool & Wolverine. Tinjau gaya pilihan mereka.
SHOGUN MENDOMINASI SENARAI PENCALONAN EMMY AWARDS 2024
Ketahui siapakah barisan calon yang bertanding dan bakal membawa pulang trofi kemenangan pada tahun ini.
GAYA SELEBRITI PADA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2024
Intai gelagat beberapa selebriti tanah air meraikan Hari Raya Haji di samping keluarga tercinta.